Bukan patah hati.

Semalaman dibilik Faten..menelaah geologi struktur yang sungguh kadang-kadang buat aku angkat tangan serah diri.. (-_-')

Tapi selalu aku ulang..selagi mampu,selagi boleh..aku takkan mengalah. Putus asa bukan pilihan terbaik aku ada.Membaca tetapi masih tak menampakkan jalan...aku mengeluh.

Kemudian,nota-nota tebal dan banyak itu aku belek lagi. Aku selak tak rasa bosan. Mata makin pdih tahan mengantuk dan kepenatan seharian..tepat pukul 1.30 pgi..aku syahid. Tapi nasib baik sekejap. Berkumandang lagu Faizal Tahir (lupa sudah title)..memecah sunyi pagi. pukul 4.30 pagi aku sambung lagi perjalanan.

Mungkin hikmah hening pagi..yang x jelas nampak terang..tersenyum aku seorang saat Faten masih mengulit mimpi syurga lena dia. =)
Dan sampai ke saat huruf terakhir aku taip ni, nota-nota geologi struktur masih disisi..menanti untuk dibelek lagi..

"Jangan bimbang,satu hari ini kau yang punya." desis hatiku.

Esok tepat pukul 3.30 petang..pertempuran jiwa dan raga di DEWAN yg gilang GEMILANG akan bermula. Doakan aku gagah perkasa mengharungi 2 jam stgh yang sengsara.


Untuk mak dan abah yang tercinta,
Angah akan dan sentiasa ingin beri yang terbaik..saat angah berhenti lelah..mintak angah diampuh kasih sayang mak dan abah..semoga tak selamanya angah lumpuh tak terbangun lagi.
Angah disini kerana cita-cita..kerana janji ini yang angah beri dulu pada mak dan abah. Semoga direstui. Amin~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Bukan patah hati."

  1. Anonymous Says:
    November 1, 2009 at 6:07 PM

    LAST paragraph mebuat mata ku pedih dan mula berkaca mengingat aku smula akan tujuan ku di sni...curly

  2. Alwanie Iberahim says:
    November 5, 2009 at 12:56 PM

    alhamdulillah..