Patah tak tumbuh hilang tak berganti.
Disember menjengah. 2010 bakal muncul.
Hari-hari cuti penghabisan tahun ini aku rasa lebih terisi. Dengan abah yang ada di rumah lebih lama. Adik-adik penghilang kebosanan..sempurna aku kira.
Beberapa hari sudah,berbual-bual dengan mek..iaitu mak kepada datuk aku (jadi,kira moyang aku la kan?). Menariknya dia,sebelum ini yang kurang aku tahu,.rupanya peramah amat. Sepatah tersembul perkataan dari mulut aku, beribu terpacul dari bibir tuanya. Nah,yang beribu itu bukan kata-kata kosong. Harap maklum. Tetapi kata-kata lebih berupa nasihat. Aku si cicit yang mungkin agak baik ini masih setia mendengar.
Ada satu topik yang kami bualkan sedikit menarik minat aku untuk terfikir sejenak.
" Org skrg masak tak macam dulu. Sekarang dah senang,tapi masakannya ada yang kurang. Mek dulu masak susah. Macam-macam kena sedia dulu sebelum boleh siap 1 perkara tu."
"maksud mek?", aku kurang jelas.
"Mu buat ikan panggang letak apa ramuan-ramuan dia?" penuh serious muka tua itu.
"em,ikan la kan..perap dengan bawang merah,bawang putih,halia yang tumbuk lumat. Kemudian kunyit,garam gula secukup rasa." jelas aku tanpa sangsi.
"HAHH!" Gagah tangan kecil itu menepuk lantai kayu rumah datuk aku. Bergegar pepapan lantai terasa ke jiwa. "Tak Cukup lagi tu..." panjang ujarnya.
"Ikan panggang yang betul-betul sedap, mula-mula (kawan-kwan sila la salin!),
tumbuk bawang merah,bawang putih,halia, sampai lumat. Lumurkan atas ikan. Tumbuk kunyit pula,jangan yang serbuk,pakai kunyit hidup tahu! " bulat mata-mata menjelaskan.
" Ambil cili kering rebus dan tumbuk sampai lumat (em..blender pon bole kot). Lumurkan pada ikan tadi juga,kemudian ambil asam jawa dan sedikit belacan cairkan dengan air sikiiiit je."
"Kemudian bakar api perlahan ja ikan tu. Jangan sampai kering. Haa" Jelas mek lagi.
" Mek dulu buat acar masak untuk kenduri pakai 500 biji timun buat sorang-sorang ja" sambil kepala diangguk berkali-kali
"tapi org sekarang suruh buat solok penganan pun ada yang tak pandai." Aduh,aku la tu..terdetik hati. Tapi tak pula aku zahirkan kelemahan tu.
"bosan-bosan duduk kat rumah tu datang la sini, mek ajar masak. Pakai ramuan-ramuan lama.. macam asam kerat lintang untuk kuah gulai. (ha,memamg tak pernah dengar). Nanti dah kahwin senang,suami pun sayang. Sebab pandai masak." kata mek. Pecah ketawa kami berdua.
Tapi bukan itu yang aku fikirkan. Andai satu hari nanti mek tiada lagi..segala rahsia masak-memasak makanan yang enak dan lazat mungkin terkubur bersamanya.
Betul kata orang tua-tua..mereka lebih makan garam. Mereka lebih tahu ragamnya. Inisiatif memelihara yang mungkin juga warisan apatah lagi buat kita yang bernama melayu,semuanya terletak kepada kita. Mungkin juga dapat aku katakan ia adalah pilihan,kan? Jika mahu kau cedok ilmunya,jika tak mahu biar sahaja hilang ditelan zaman.
* Selepas itu,aku cuba aplikasikan nasihat mek ini..ternyata lumayan hasilnya.Memang sedap!. Cubalah. ^_^
0 Response to "Patah tak tumbuh hilang tak berganti."
Post a Comment