Remote Sensing
Masuk minggu ke-2 semester 2,kebanyakan kelas sudah mula beroperasi, sebermulanya suntikan stimulasi yang bakal menambah kekusutan kepala.
Tak terkecuali,lab-lab yang boleh tahan bilangan kali ni. Seminggu milik aku,hanya sehari tanpa lab mengisi setiap petang itupun hanya pada jumaat. Petang tadi masuk ke lab remote sensing atau dalam bahasanya, Penderiaan Jauh yang mana salah satu subjek major geologi untuk sem ini.
Kenapa aku mahu post kan disini tentang lab ini? kenapa tidak tentang lab-lab yang lain. Nah,semua kerana kelainannya dan kepeningannya.
Bila aku tilik-tilik alat@peralatan yang digunakan untuk melaksanakan praktikal ini ketika lab, alat ini menggunakan konsep kalaedoskop. Menggunakan kedua-kedua mata untuk pemerhatian menjadikan ia sedikit berbeza dengan mikroskop yang kami guna untuk subjek Petrology dan Minerology di semester lepas. Dua objek yang dilihat menggunakan alat ini akan kelihatan sebagai objek tunggal dengan imej di dalamnya kelihatan tertonjol seperti 3D. Menarik kan?

Inilah peralatannya. Nama? Maaf,tidak diberi tahu pula. =)

2 objek dilihat bertindih membentuk 1 objek.

Cara menggunakannya; Nampak sedikit pelik dan menyeksa.

Bila kekusutan bermula...

Ini baru 1% hasil pemerhatian. Memetakan saliran-saliran eg; Sungai.
Alatan ini digunakan untuk memetakan sesebuah kawasan yang datanya diambil melalu Aerial Photograph @ Fotograf Udara. Untuk menampakkan bentuk muka bumi yang lebih jelas dan pemetaan yang lebih jitu,itu fungsi alatan ini.
Apa yang pasti, setelah lab petang tadi,kepala berdenyut-denyut. Mungkin mengadaptasi dengan alatan ini. Kerana kita memaksa menggunakan kedua-dua belah mata untuk melihat dua objek,iaitu pemerhatian secara selari. Sedikit susah. Tapi itu semua tentang masa. =)
January 4, 2010 at 12:44 AM
ble ko nk ltk gmbr aku dlm blog ko ni alwanie..??
hahaha..
=yana naza=
January 5, 2010 at 4:24 AM
next remote sensing ko jdik model ak yeh. haha
January 16, 2010 at 8:17 PM
i`m love remote sensing!!!~~
p/s: wlupun slalu terpsiko dngn gaya dr JO~ urghhhh