Tekad.

Hari ini..aku pulang ke tempat permukiman. Sedikit rasa berat hati. Maaf,bukan sedikit tapi banyak. Kenapa entah. Aku kurang pasti.


Mungkin..ada perkara yang belum tercapai aku laksana di rumah..

Mungkin..ada perkara yang tak mahu aku mulakan disini.

Tapi,tapi..kemungkinan hanya sekadar inferens awal yang tak mampu tentukan kesimpulan jitu sesebuah kajian. Lantaran itu, beg troli aku heret petang kelmarin seberat aku heret hati dan langkah kaki ke UKM. Bumi ilmu tercinta.

Tekad hati kali ini. Ya,tekad selalu tapi tak pernah terkabul. Macam berjanji tak pernah tepati. Kata mak,orang mungkir janji ini orang munafik. Kalau bertekad tak aku laksana, siapa aku? Tanda soal disitu.

Oleh sebab itu,kali ini mari doakan aku laksanakan tekad buat kesekian kali ini. Betul,aku tak bergurau. Percayakah?

Manusia yang selalu mungkir janji memang susah untuk dipercayai. Tak mengapa. Aku faham.
Bila satu hari tekad itu terlaksana,aku akan jeritkan pada dunia aku telah jadi manusia yang tepati janji.

Tepati janji untuk berikan yang lebih baik semester kali ini. Papan kekunci,tetikus dan skrin komputer riba aku jadi saksi. Cuma nanti dan kita sama-sama lihat. ^_~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Tekad."