Masa kejar aku kejar masa.
.....nak bercerita tentang kepenatan. Segala tentang minggu ini. Harap maklum sekalian pembaca.
Tak tahu mana ak nak mula tentang apa yang menarik dan yang sakit.
Aku fikir awal-awal semester, adalah masa berbulan madu dengan kemalasan disertakan bonus extravaganza. Tersasar sedikit jangkauan. Haih.Eh,jangan mengeluh la wanie. Kurang bagus.
Bermula dengan Kejohanan Futsal Piala Geologi, 9hb dan 10hb Jan lepas. Sebelum itu kira-kira 2 minggu berhempas pulas mengasah tajam skill yang menumpul di court futsal UKM saban petang, bila mana menjelang detik 9 malam aku pasti syahid di katil keras itu. Mungkin belum cukup mengasah,kekalahan kami rangkul pulang. Tekad murni aku simpul kat hati, apa-apa kejohanan kemudian nanti, Rockaholics mesti juarai. Harapan,bukan sekadar angan-angan.
Selesai pertempuran yang itu, sambung lagi perah keringat setiap 6 petang bersama team kolej. Kolej Antarabangsa Ibu Zain. heh. Untuk SUKEM yang bakal menjengah lagi 2 hari. Ahad ini.Azam sudah aku semai,makin subur membuah untuk aku beri yang lebih baik SUKEM kali ini berbanding yang lepas. Rasa kurang percaya sebenarnya tengah bertamu tepat di pembuluh darah keyakinan aku. Sedikit bergoyah tak aku nafikan bila kadang-kadang perlawanan persahabatan nampaknya membocorkan kelemahan team kami. Aduh,semoga Ahad ini sesuatu yang dikatakan 'doa yang termakbul' akan terjadi. Amin..
Dalam masa yang sama,baru tadi perkampungan fasilitator Program Mahasiswa bersama Pelajar anjuran Geology telah berlangsung. Sesudah kaki lenguh menyepak bola,diri aku urskan pakai sewangi mungkin, menghidupkan suis 'badan yang segar' walau kepenatan saat ini tuhan yang maha tahu. Tapi seronok! Pengalaman menjadi fasilitator kali pertama 23hb dan 24hb nanti akan aku semat molek- molek di ingatan. =) Terasa ketidaksabaran mengetuk hati masa Kamil memberi taklimat.
Dan sekarang, mood 'menyiapkan lab report' aku cuba on. Tetapi 'power supply' nampak gayanya sedikit longlai. Jadi sini aku mengarang rasa sementelah sendiri berkaduk zaman tiada perkembangan pada ruang blog coklat aku ini. Nah,ini dia update yang paling bosan. =P
Oleh sebab itu, aku akan berhenti. Cukup dulu. Esok masih ada perancangan dalam takwim yang belum terlaksana. Nanti aku kepilkan disini kemudian nanti.
Selamat Malam Jiwa-jiwa yang kelelahan kerana kehidupan.
0 Response to "Masa kejar aku kejar masa."
Post a Comment