Mereka yang bernama sayang.

Semalam tahun baru.. hari yang aku jangka bosan dan memenatkan akan terjadi.

Tapi, bukan itu yang jadi...

Famili tersayang datang ke KL. Niat di hati nak lawat atuk yang baru sudah operation jantungnya, bak kata pepatah si tua-tua,sambil menyelam minum air. Hatta bergerak kami empat beradik dengan aku selaku *kepala pengatnya.

Seperti yang terjanji dimulut,aku bawa 3 orang adik aku itu ke time square tujuan asal menonton avatar yang dah lama ternanti-nanti. Sedang menunggu barisan beli tiket wayang,bergegar time square dengan gegak roller coaster di Cosmo World. Perhatian adik-adik aku bukan lagi pada filem orang biru itu. Walau tak zahir di mulut,lihatkan mata mereka yang tak lepas pandang dari roller coaster aku sudah dapat baca.

" Nak main ke? Jom,kita pegi main dulu,tgk wyg lepas ni" Cepat aku menawar yang buat hati 3 beradik melonjak gembira aku pasti. Tiket Cosmo World yang aku masuk 3 tahun lepas, hanyalah RM25 sahaja, tapi sekarang sudah RM 37 seorang. Cepat masa berubah kan? Hangus la RM148 aku di cosmo world. Tak mengapa,demi adik-adik. ceh.

Bermain macam-macam,sehinggakan aku yang baru bersarapan tadi terpaksa keluarkan semuanya dari perut lepas main 3 permainan. Muntah,aku tak tahan sudah. Tinggal 3 orang tadi naik roller coaster tanpa aku teman. Sumpah,aku tak larat.

Adik dan ika muntah juga,tapi lepas main roller coaster tu. Patera steady. hee.

Makan-makan,berjalan lagi-lagi membeli-beli. Kami bergerak ke HUKM. Ini baru balik ke tujuan asal; melawat atuk. Tapi,apapun hari itu takkan aku lupa,cukup terisi! Rasa senang bila lihat adik-adik aku tergelak seronok. Insya-Allah,nanti angah kerja, boleh selalu angah belanja-belanja macam ini ok? Sekarang tak boleh la selalu..angah pun loan adik,ika,putera oi. =)

p/s: Seronok dapat jumpa abah dan mak lagi. Abah yang dah 3 minggu tak jumpa makin bulat! Sudah lah rambut dipotong botak. Hee,comel! ..

-LOVES-



Adik,Ika dan Putra a.k.a patera =D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

5 Response to "Mereka yang bernama sayang."

  1. Kamil says:
    January 2, 2010 at 5:47 PM

    bile aku bace part adik2 kau tak lepas pandang roller coaster aku terbayang budak2 kecik pandang roller coaster ngan mata macam mata kucing mintak belas kasihan..da besau2 rupanya adik2 kau nih haha

  2. Alwanie Iberahim says:
    January 2, 2010 at 5:59 PM

    hahaha..agak ah..saje nk exagerate ayat sket. ku3. adik aku laki 2 yg besar kan? bru abes form 3 padahal. =P.

    Sebab dorg x penah men kat situ,2 yg jadi kagum semacam tgk roller coaster 2. huhu

  3. Kamil says:
    January 2, 2010 at 6:01 PM

    agak besar la..haha..oh ya aku pun muntah jgk main kat situ time gi ngan kawan2..dua kali..aku x fhm jgk macam mane diorang blh teruskan main byk2 kali lagi

  4. Alwanie Iberahim says:
    January 2, 2010 at 6:46 PM

    Serious! da la br lpas makan mase 2. huhu. Lpas muntah 2 ak lembik da. trus lapar blek. ko msti lg lapar punye kan?..2 kali plak tu muntah.

    orang yang semngat main benda terbalik2 je bole teruskan bende neh. haha.

  5. nanafiana says:
    January 4, 2010 at 11:01 PM

    alalalala,bagusnye adek along nh.ish3,bleh puji nh.

    ::clap,clap::

    ngee~~:D