Boleh tak mak?
Kelmarin mood dan minda pergi berhijrah entah kemana. Kurang waras sebentar jadinya aku.
Keluar untuk makan malam berseorangan.terfikir suatu idea dulu aku bunuh mati.
Aku fikir,kalau semester depan aku dapat bilik single aku mahu buat satu permintaan.
satu sahaja..
"Boleh tak mak kasi angah bela hamster dalam bilik?"
Huargh! memang pasti dapat hadiah bakul.
Sebakul leteran! =). Tapi,boleh la ya mak? Buat senyap-senyap berdosa tak?
Aku mahu bela si hamster ini,lengkap 1 kediaman dia.
Moga-moga bila mood aku berhijrah lagi,boleh pinjam semangat dari si kecik ni. Dengar dia lari-lari atas benda ala-ala roda tu.
Aiyark. Comelnye~
Pagi tadi sembang-sembang dengan Anati Azmi.
"Nanti hamster tu aku nak taruk dia nama Toba,amacam?"
"Hahahaha! Macam danau toba je?". Balas dia penuh jelik. Cis!. Tak apalah. Toba juga pilihan hati.
Bila malam menjelang,aku tidur dan Toba akan berjaga.
"Krek,krek,krek" lincah kaki dia gerakkan roller.Terlalu comel mungkin terasa nak sepak je.
Apa mungkin rupa paras Toba seperti ini nanti?
Ok. Aku suka. Aku setuju.
Atau mungkin juga Toba punya gaya seperti ini?
Pun aku setuju juga. Aku suka lah! haih. Comel.
Nanti akan aku belikan banglo mewah buat Toba si jantung hati. Boleh survey rumah dah aku fikir. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Ewah.
Taraaa!! Menarik tak?? Kurang?
Baik,baik.. atau mungkin yang ini?
Uh, Toba mungkin jantan. Ini terlalu feminin untuk hamster yang maskulin.
-REJECTED-
Cari dan cari...
nahhh. ini dia! Jeng jeng jeng!
Bak kata orang muda-muda sekarang. "Woot woot!!"
Bila aku klik-klik lagi internet siap ada yang untuk travelling. Ada can aku bawa Toba pergi buat thesis sama-sama aku nanti. haha. Tengok ini. Semua maklumat di hujung jari. hanya untuk Toba nanti.
Oh,maaf. Entry kali ini terlebih panjang. Setelah fikir lama-lama. Aku sudah ada pilihan untuk rumah hamster nanti. Sila lihat-
Jimat kos. Jimat duit. Tak elok membazir kan? ^_^
March 3, 2010 at 11:36 PM
bela memang seronok..bile tibe2 mati memang sedih..waaa
March 4, 2010 at 12:05 AM
Aiseyman..sorry yanie. Aku x ingat ko penah bela kucing. xpe,nanti tuhan kasik ganti. huhu
March 4, 2010 at 12:08 AM
alolo comei~ tp member ak pernah bela kat asrma, bau najis ye, kurng mnyenangkn.. so, ko kna jga lebih bab kebersihan.. mmng kehulu hilir lah ko kna bwk~ :)
March 4, 2010 at 12:17 AM
wanie. kau ni mmg lawak la.
adoiydoiy.
March 4, 2010 at 12:45 AM
kak aimi: ala,kalo air kan blik ari2 pn busuk ke? aiseh. down dah sket. ngahaha. xpe2. aku anggap ini cabarn.
mamye: uh? ngapain dong. nk share kegilaan semasa je. =)
March 4, 2010 at 12:47 AM
comel je. ahaha.
siap dah buat research lg. hikhik..
meh duduk bilik aku meh. huahua
March 4, 2010 at 12:55 AM
comel an? adoi..asek teringat ingat je psl hamster. -__-
aa? kalo duduk blik ko x namenye blik single la weh.
Ke kite exchange blik? wink2.
March 4, 2010 at 1:28 AM
cik al
mne post ko psl beutiful tu
nk bce blk dh hilang
aisey..
bela hamster??
hahhaha
leh2
nnt ak blk ko men2 ngn die
mesti die ske jmpe ak
hahaha
bg la nme joe
leh jd comei mcm my joe
heeee
March 4, 2010 at 1:36 AM
ah.dah buang post 2. menyakitkan hati je.
Haha..ape yg buat ko rase ak akan kasi ko main2 ngn hamster ak heh? haha.
adoi,adoi.tolong. aku sudah angau sama enche hamster neh.
name joe? emmm(*geleng2). Kena bertapa mintak petunjuk dulu.
March 4, 2010 at 8:22 PM
wanie...siyes ko nak bg name toba?hahhhahaa...de bf ako nye member name die tobaa...sswai2...ako ske pilihan name ko 2...
March 6, 2010 at 2:08 AM
lilod; serious? ohh. x sangke komersial gak name toba neh. yeah!