Coret-coret.

Temuduga sahaja hati aku saat ini. Scan sahaja mana-mana bahagian.

Yang ada hanya rumah dan sekitarnya yang boleh tahan mendamaikan.
dan insan-insan tersayang.

juga haiwan-haiwan melucukan.

maaflah,hari ini jiwa mengada merengek mahu pulang. Tak tahu bagaimana mahu aku pujuk lagi.

Lantaran kepenatan,pagi datang menjengah tak sempat aku menyapa mesra. Saat mentari menerpa mata ini,sudah separa hari termamah pergi. Keluhan juga menjadi ucapan selamat pagi.Usahkan bas, naik helikopter belum tentu aku sempat sampai ke rumah sebelum senja. Jadi rancangan pulang ke tempat paling mendamaikan aku simpan sahaja untuk minggu depan.

Tanda soal sebentar. Ku hitung-hitung tiap hari yang bakal berlangsung minggu ni. Argh!
Mungkin tempat damai itu harus aku lupakan lagi sementara ini. Sampai bila?
Aku pujuk lagi hati degil ini. Psikologi perlu di saat getir seperti ini. Jadi aku cuba buat diri aku percaya,peluang masih milik aku minggu hadapan. Insya-Allah.

Tinggalkan dulu rengekkan jiwa. Mari kita jenguk konflik minda.nah,terbaca status manusia terpelajar.

"Tiga minggu sehingga final"?? Biar benar kata-kata ini. Sungguh mampu membunuh.

Ok. Maaf kawan,aku pergi dulu. Perintah dari masa depan kini memanggil. Semoga berjumpa lagi. Selamat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Coret-coret."

  1. nanafiana says:
    March 16, 2010 at 6:26 AM

    aiiihhh. ak baca ko nye blog nh cam baca a samad said plak weyh.hahahaha.

    balik laaa.kalo ko xnk blk kg, bg ak blk!

  2. Alwanie Iberahim says:
    March 16, 2010 at 1:48 PM

    serious nak blk long~~~ angah rse mcm nk homesick dah neh.

    hey,i wish fr the summer to be here very very soon. nk g bercutiiii. =))