Hingga 12 jam terakhir.

Mata berkaca-kaca. menangis? bukan. soalnya lelap dan penat mula menjenguk jasad yang kelelahan bukan kerana apa-apa. Belajar cuma.Gelendong di bawah birai mata makin memberat.

Nak sahaja aku campak nota-nota ketepi,dan soalan-soalan yang aku pertaruh hampir seluas alam harapan,akan masuk dalam final untuk sekian kalinya lagi. Hendak sahaja aku lontar badan ke katil yang siap sedia menunggu sedari tadi. Tapi rasional masih mampu aku pupuk kejap.

Usai nota-nota aku ulit. Sedikit keyakinan bermukim di hujung hati. Bila aku intai-intai soalan-soalan tahun lepas,mati kejam segala keyakinan tadi.

Satu yang aku benci dalam hakikat hidup ni. Masa depan. Eh,kau tak punya hak mendiskriminasi qadha dan qadar-Nya. Tapi,kau masih punya ruang untuk ukir apa cerita kau hari esok. Kalian setuju,sila angguk sekali. Terima Kasih.

Apa rupa ukiran kau esok. Itu kerja yang Maha Esa. Tidak lah kejam ketentuan Allah yang Maha Adil andai doa,usaha dan tawakal kau sentiasa mengiringi. Pesanan ini selalu gagahi aku untuk percaya akan rezeki manusia di hari mendatang mereka.

Jadi,bantal empuk aku tepuk-tepuk lembut,selimut aku lipat kemas-kemas. Aku susun di tepi ceruk katil. Aku pasang azam di pangkal kesedaran yang berbaur kemengantukan yang menggila,selagi usaha aku belum mencukupi,tidur mahupun rehat bukan milik aku lagi.

Ini yang dikatakan perjuangan belum selesai. Selagi belum merdeka kejahilan ini,jangan berhenti berjuang.

Aku doakan kalian juga segala yang terbaik. Doakan kita segala yang terbaik. Amin. =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Hingga 12 jam terakhir."

  1. nanafiana says:
    April 20, 2010 at 4:05 AM

    all d best sis! u'll do great! :D

  2. Alwanie Iberahim says:
    April 21, 2010 at 12:22 AM

    thanks thanks thanks alon!! u too.jangan cuak2.hehehe