Membunuh tekanan.
Semalam, keluar dengan geng-geng Geology ke Alamanda. Memang dah plan lama nak tengok Lagenda Budak Setan.Tapi aral melintang tak putus-putus.
Siap kerja-kerja proposal,aku tunggu khabar dari Prof Hamzah bila entah akan aku sembahkan pada dia hasil kerja aku. Malang,dia tak ada kat di UKM. Khamis baru dapat bentang Kertas Kerja Cadangan Penyelidikan.Haih. Tak tunggu lama-lama,petang tu juga aku ajak Nadia,Raf,Erin,Elly,Aten and chitah pergi tengok LBS.
Emm,secara keseluruhan aku boleh kata bagus la. Pelakon-pelakon dia pun ok. Cuma jauh bagus lagi novel la pastinya. Yang menjadikan cerita tu super sedih disebabkan soundtrack yang sedih-sedih. So,ada je yang menangis. =))
Tutup cerita LBS. Jumaat akan bertolak ke Johor. Harap-harap tak ada pembetulan saat akhir pada kertas kerja. Dah bentang pun saat-saat akhir. Semoga selamat semua. Aminn.
0 Response to "Membunuh tekanan."
Post a Comment