Bila harus menangis.

Aku kira,tiada lagi saat mahupun detik lain yang mampu buat jantung aku berhenti berdegup sebaik terpandangkan tangan kiriku yang terkulai layu di atas jalan bertar yang masih berkeringat basah disimbah hujan sebelum itu. Penuh daya usaha aku cuba bangkit daripada rebah,mengangkat wajah yang tersembam mencium bumi,nyata kegagahan sebelah tangan kananku sahaja tak mencukupi. Hanya jeritan meminta tolong mampu aku laungkan dalam aku tertiarap dengan helmet serta visor yang masih lekat di kepala. Darah daripada hentaman di dahi sebentar tadi buat aku jadi rimas dan pening bila ia semakin melenjunkan muka.

Entah daripada mana datang sepasang tangan mengangkat aku yang masih tertiarap,menanggalkan helmet dan isterinya aku kira,menyeka darah yang masih mengalir menggunakan tudung hitamku. Setelah beberapa ketika,orang semakin ramai mengerumuni melihat kejadian malangku itu. Menantikan kedatangan ambulan aku rasa bagai bertahun lamanya,apatah kesakitan di tangan kiri yang sudah hilang fungsi semakin menggigit-gigit. Aku tak mampu lagi sorokkan keluhan dan jeritan. Usai aku diangkat ke dalam ambulan, hanya wajah mak bersilih ganti wajah Abah terpamer di dada bumbung ambulan yang bergerak laju menuju pusat kesihatan UKM.

Aku dirujuk ke hospital Serdang bagi rawatan lanjut, terkejut,takut bercampur baur, apatah pula aku diberitahu penuh tenang oleh doktor yang bertugas, aku mengalami kerosakan saraf -‘radial nerves’ di bahagian tangan kiriku. Hilang tanda tanya dalam benak mengapa sukar benar hendak aku gerakkan tangan mahupun jari jemari yang terasa kebas semenjak dalam ambulan petang tadi. Aku disahkan ‘lumpuh sementara’. Sedikit menyentap semangat aku yang sedari tadi sudahpun goyah mujurlah kehadiran kawan-kawan sekolej,geologi serta saudara terdekat sedikit sebanyak mengagahkan jiwa. Segala prosedur rawatan aku tempuhi penuh rasa sabar. Bernasib baik kerana aku tidak perlu ditahan di wad. Alhamdulillah. Pukul 12.30 malam aku dibawa pulang oleh bapa saudara dengan tangan yang bersimen. Mak yang telah maklum keadaan susah hati,mahu bergegas datang ke Bangi esoknya pagi-pagi. Aku semakin diserang rasa bersalah. Betapa aku kini menjadi beban kepada orang sekitarku.

Aku hilang keupayaan berdikari. Memandangkan bhg yang patah adalah midshaft humerus oleh itu,pergerakan aku sedikit terbatas. Bangun dan duduk menjadi seksaan. Makan ku bersembah. Mandiku disiramkan. Pakaiku juga disarungkan. Ya Allah, aku cukup teruji. Melihatkan wajah tabah mak dan Along yang sabar menjaga aku,mencukupkan keperluanku.makanku. Tak pernah aku dibiarkan tak bermandi. Tak pernah aku dibiarkan berlapar. Saat aku tersedar malam lantaran kesakitan mak juga akan terbangun menanyakan keresahan aku itu. Mak juga berjaga untuk waktu pengambilan ubatku saban hari. Pantang-larang makanan turut mereka ambil kira, agar aku kembali sembuh secepat mungkin. Allah, sesungguhnya aku telah menjadi beban kepada mereka. Abah di offshore pula resah, setiap waktu menelefon bertanyakan keadaan.

Kata orang,setiap kejadian ada hikmahnya. Sebetulnya banyak hikmah yang semakin hari semakin tersingkap di hadapanku. Ini tahun terakhirku di UKM dan tesis menanti untuk dikerjakan. Kemalangan yang aku alami kini menghentikan segalanya. Aku bermohon pada Yang Esa agar aku dikurniakan ketabahan yang tak berpenghujung. Agar aku sabar menanti tanganku berfungsi kembali seperti sediakala. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Insya-Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

6 Response to "Bila harus menangis."

  1. Y.da says:
    July 24, 2010 at 11:01 AM

    sabar2 byk2..istifar kalo susah hati wani..jgn makan aym nanti gatai jenuh nak garu..moga cepat sembuh! ;)

  2. mieza_ija says:
    July 24, 2010 at 3:45 PM

    wani...accident ka??truk sgt ka??

  3. atikah says:
    July 24, 2010 at 10:57 PM

    astaghfirullah..
    semangat wani!
    keep strong okei!

    sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 orang yang sabar.

    semoga sakit wani ni menjadi kafarah dosa2 kecil yang lalu.. ameen~

  4. Alwanie Iberahim says:
    July 25, 2010 at 12:00 PM

    waida: insyaAllah..mmg pantang.mkn sayur air dgn ikan je..=P

    kak miza: eksiden kt simpang ibu zain tu.

    tikah: insyaAllah. kesakitan satu kifarah. saya tahu ini semua dugaan dari-Nya.saya redha. =)

  5. nara says:
    July 25, 2010 at 8:12 PM

    sabo wani~
    keep strong..
    dugaan itu menguji ati kita yang lemah.. semakin dekat ngan Allah..
    =)

  6. zayani Halil says:
    July 31, 2010 at 8:54 AM

    sabar wanie..ni semua dugaanNya..sesungguhnya tuhan menyayangi hamba nya diuji..

    tabah ok..=)

    semoga cepat sembuh