Kluang-Kota Tinggi.
Ini update yang sedikit terlewat. Lantaran kesibukan dan kejadian yang berlaku sepanjang 2 minggu pulang dari Johor,hampir terlupa aku selitkan cerita ini dalam blog.
Kerjalapangan untuk kerja-kerja tesis bermula hujung jun sehingga menjengah buka semester yang ke-6 di ukm. Kerja-kerja berlingkungan di kawasan ladang kelapa sawit sekitar Kluang (kawasan kajian kawan aku sebenarnya) dan Kota Tinggi (kwsn kajian aku sendiri).Masuk ladang,dan keluar ladang kemudiannya jadi rutin harian.
Sepanjang hampir 3 minggu bermukim di sana banyak perkara baru yang aku belajar,ragam penduduk setempat yang pelbagai tapi yang paling penting, aku dapat kecapi semangat hidup sekampung dan saling mengenali dan menghormati. Sehinggakan kami dilayan seperti orang setempat.
Gambar di sekitar Felda Kahang Timur,Kluang.
venue ladang dari atas bukit.
di puncak bukit 235.
bawah terik mentari. (*masa tangan masih sihat..sobs3. )
"grand entrance"
pagar elektrik di sebelah kanan yang tinggi- utk halang gajah liar.
tahu apa itu? kulit ular tedung selar. dekat dengan tempat persampelan.
Sekitar Kota Tinggi.
Bukit Kangkar Papan-kawasan kajian tesis aku.
mencari kaitan stratigrafi setempat.
dari bkt kangkar papan,hari-hari boleh cuit perut kapal terbang.ok,hiperbola je.=)
usai kerja-kerja..aktiviti berjalan dilaksanakan;
hutan lipur gunung berlumut di kahang timur.
p/s: bertudung coklat itu makcik ros-mak angkat kami di kluang.
jeti sg.lebam- tempat tengok si kunang-kunang waktu malam.
di desaru.
bersama famili bercuti selesai sahaja kerjalapangan.=)
dan sepetang di tg.balau bermandi manda.
pengalaman yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. susah dan senang jadi pedoman masa hadapan. =)
0 Response to "Kluang-Kota Tinggi."
Post a Comment