Angah minta maaf.

Minta maaf untuk semuanya. semuanya yang berlaku hari ini. Aku sangkakan aku kuat zahir dan batin. Tersilap jangkauan nampaknya.


Masih tak boleh lupa suara mak yang sebak di hujung telefon lewat petang tadi. Kalau mak sedih, Angah lagi sedih..

..Minta ampun daripada hujung rambut..sampai hujung kaki, mak abah. Seandai sepanjang dua abad angah bernyawa kegusaran yang selalu angah hadiahkan. Kesusahan yang angah titipkan bersama khabar dari jauh. Angah minta maaf. Angah minta maaf.

..Walau sungguh benar-benar mak yakinkan aku; "angah jangan bimbang, duit bkn masalahnya, yang penting tangan awak sembuh. Kalau itu jalan terakhir, kita ikut je. " Masih kacau lagi fikiran. Aku lah satu-satunya anak mereka yang selalu memupuskan harta mak ayah. Sejak dulu.

..Kata mak lagi; " Biarlah tak sempurna dah, janji tangan tu boleh bergerak semula, walau pun pergerakannya pelik, tak boleh kerja keras yang penting dia berfungsi semula". Berdarah lagi hati aku.

Ya Allah..andai ini balasan dosa-dosa yang aku pernah lakukan sedar atau tidak. Ampunkanlah aku. Aku redha Ya Allah. Cuma aku minta berilah aku kekuatan. Setidak-tidaknya aku harus kuat untuk keluarga aku. Habiskan degree, dan graduate. Kemudian aku mahu bela keluargaku. Biar kau takdirkan ketidaksempurnaan milik aku kelak, aku takkan mengalah. Ini janji untuk Abah, Mak, Along, Putra, Ika dan adik. Angah janji.


Sebelum telefon aku letak, aku katakan pada mak; " Angah minta maaf,mak. Angah minta maaf sebab menyusahkan." Kecewa rasa.

Dan ini jawapan mak; "Angah tak salah. Angah tak salahkan?. Bukan angah merempit, Angah naik motor je lepas tu accident. Angah tak susahkan pun. Itu dah memang tanggungjawab mak dan abah. Jangan fikir dah. Fokus final je.".... Jatuh lagi airmata aku.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "Angah minta maaf."

  1. nanafiana says:
    October 19, 2010 at 5:11 AM

    u are my strong sis.. and i know u'll survive. ALLAH there doa doa doa..ameen

  2. nanafiana says:
    October 19, 2010 at 5:20 AM

    angah.. masih ade harapan. do not lose hope. nanti along call along explain k. love u

  3. Alwanie Iberahim says:
    October 20, 2010 at 2:30 AM

    insya-Allah,long.. insya-Allah. thanks bnyk along. buat angah fikir balik pada hikmah tuhan ntuk setiap hamba dia. ='(. sooory to make u worried.