Cerita November
Maka sah la..surgery pilihan terakhir aku ada.
Pertamanya, appoinment jumaat lepas tiada menunjukkan tulang patah itu bercantum. Walau sudah 3 bulan berlalu. Jadi platting adalah penyelesaiannya
Keduanya, saraf yang memang bermasalah lebih meyakinkan untuk dikenalpasti keadaanya menerusi operation. Jadi,kata orang alang-alang menyeluk pekasam,alang-alang platting tulang, tengok saraf terus.
16hb November pembedahan. Selesaikan dulu kalut-kalut final ni.
Oh,jangan bimbang. Berita ini aku terima lebih tenang berbanding sebelumnya. Kalau ini ketentuan Tuhan,siapa lah aku nak menentang. Ini yang terbaik mungkin. Insya-Allah
0 Response to "Cerita November"
Post a Comment