Tesis cinta hati.
Kalau kau mahu lihat muka aku yang paling senang,ini lah peluangnya. Selesai membentang hasil kajian dalam seminar tesis petang tadi rasa macam diberi nyawa semula.. Syukur padamu Ya Rahman, disebalik kesulitan kau datangkan dengan kesenangan. Cuak tak perlu cerita la. Silap-silap tangan yang patah ni pun boleh nampak shaking. haha. Itu tipu je.
Banyak yang serabut-serabut dah selesai sikit demi sikit. Treatment untuk saraf pun ada tempat dah. Cadangnya nak buat di HUKM je,since appoinment yang diberi terlalu lambat,aku lari ke UKM Specialist Centre. Isnin ni start treatment. Cepat-cepatlah sembuh tangan sayang. Kamu sangat diperlukan sekarang. =)
Conteng-conteng. Benda wajib bila patah.=P
Ok,lagi 2 minggu akan final. Aku dah berjanji dengan diri sendiri. Semester ni kene tebus semuanya. Tahun akhir. Segala yang aku mahu tinggalkan di bumi UKM ni harapnya yang indah-indah. Selesai final, aku tak mahu bercuti lama,cukup seminggu aku akan bermukim di sini sampai selesai kerjakan baki-baki sampel batu yang tak dipotong bawah stor sana. Tangan sebelah tak jadi masalah. Sejauh ini pun dah aku melangkah.
Untuk semua, salam maju jaya untuk final. Dan tesis juga pada tahun akhir. Yang perit degree adalah tesis. Boleh pecah otak. Tapi,kita mampu atasi. Sebab tu kita disini. =)
p/s: 22 Okt buka U-slab tangan. Tak sabar. Yeaah!
0 Response to "Tesis cinta hati."
Post a Comment