Empat tahun dulu.

sudah 4 tahun pun. 4 tahun. rasa macam baru semalam.

sungguh. aku rindu.

saat ketawa kita berderai bila;

Dedikasi dan ucapan yang mereka buat terlalu lawak ataupun ada antara kita yang tak mampu tahan ke'hipokritan' sendiri bila membacakan ucapan.

Bila, lagu negaraku yang kita monitor waktu perhimpunan setiap pagi tiba-tiba rosak@berhenti dan Rahmah Husna conduct pelajar di luar sana tanpa iringan muzik. dan itu kelihatan sedikit pelik.

DATARAN WACANA

Saat kita terpaksa jadi Jaga belakang pentas- untuk setiap event. memang itu kerja kita seorang Seranta.

Keseronokan melepak dalam bilik operasi khas Seranta- baik di Dewan Makan atau di Dataran Wacana. Sedangkan pelajar lain terpaksa ikut satu-satu flow majlis.

Aku rindu setiap meeting kita. Rancang lagu-lagu, bahagi tugas. Baik aku si pembaca Ikrar pagi Isnin, Amal penjaga amplifier box, Naddo si protocol freak, Echa yang kebiasaannya jadi conductor lagu atau naikkan bendera, Shira dan Thieng yang sentiasa bantu yang tak siap.


DEWAN GEMALA PUTERI. KENGAN SERANTA BERKUBUR DISINI. ='(

Saat kita berlari turun dari kelas masing-masing. Bila hujan turun waktu prep petang nak selamatkan bendera. Haha. Kita punya jiwa Seranta.

Dan setiap kali lepas selesai waktu makan. Kita yang makan paling akhir dengan tambahan air sirap sedangkan pelajar yang lain minum air kosong je. Kita berhak,sebab kita penat jaga lagu.haha. ngengg.



p/s: tak pernah sekali pun aku lupa korang.

dan dan banyak lagi.. kisah berair mata juga tak tinggal. Disitu aku belajar erti persahabatan.

Aku rindu. ='(


SM SAINS SERI PUTERI. Aku cinta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Empat tahun dulu."