yang terancang.
Menjelang esok..waktu untuk selesaikan proses buat thin-section dah tamat. Aku perlu setuju misi tak tercapai juga. Dari 25 sampel batu kuarzit yang masih tak bersentuh sejak balik dari Johor hanya 12 sampel berjaya ak bereskan dalam masa 3 hari.
Hari ini separuh hari di HUKM. Esok seharian pula. Pembedahan prostat Atok dah selesai,tapi tampaknya Datuk budiman kami ini perlukan sokongan moral, dan jagaan rapi sehingga sekurangnya sakit pembedahan itu reda.
Jumaat bertolak ke Port Dickson sehingga ahad satu keluarga. Bercuti-cuti tenangkan minda. Walaupun mungkin aktiviti yang aku gemar tak dapat aku buat kali ni - Berenang kat laut.
Hari isnin mula hari-hari yang menyakitkan,membosankan dan tak kurang cuaknya juga. Admit wad di Hospital Serdang.
Selasa - Plating tulang humerus akan mula. Mohon Ya Allah, permudahkan semua urusan, lancarkan perjalanan, jauhkan gangguan sepanjang operation nanti.
Semakin dekat hari, semakin aku jadi gelojoh. Mahu kembali beraktiviti secara normal semula tanpa tangan gemuk berbalut. Kabulkanlah Ya Allah. Kita merancang Tuhan menetukan. Erin terpaksa pergi ke Johor dulu, dan aku terpaksa ketepikan dulu urusan tesis yang menjerit-jeritkan hati setiap kali aku terfikir. Harap semuanya baik-baik belaka.
Apa pun.. terima kasih. Anati Azmi, Nur Hidayah, Lyana Naza, Catur Cahayaningsih, Diba yang selalu layan permintaan aku main basket ball setiap malam, minum teh krisantimum depan mini mart kemudian ketawa sama-sama. Teman aku bersantap, buat aku ketawa tak henti. buat aku lupa masalah jiwa. terima kasih lagi.
Naim dan Jay yang rajin juga tolong kat lab kalau nampak aku kekok nak buat kerja tangan sebelah. Anati Azmi lagi, tolong impregnate sampel-sampel. tolong potong batu sama-sama dan harap terjumpa berlian di celah batu yang pastinya karut. terima kasih.
panjang umur jumpa lagi. =)
tak lupa: hamster tersayang...boo, saya sangat rindu tahu. =')
0 Response to "yang terancang."
Post a Comment