Saya bukan budak lagi! =)

Nah..tarikh semalam, 26hb Disember 2010 aku kira sambutan hari lahir yang tak mungkin aku lupa mati sampai bila-bila. =)

Hari ahad itu memang sudah rancang dengan mereka semua, kanak-kanak riang geologi mahu berjimba di Mid Valley. Pertamanya aku berkeinginan sepasang suit lengkap untuk sesi interview nanti. Alhamdulillah, dapat.

Bersama aten,zaf dan chitah berjalan tak ingat. Ada sekali ni, aku ke satu outlet Fitness, niat hati nak cari Dumbbell atau Massage Ball untuk buat fisioterapi sendiri di bilik. Sedang belek-belek produk, ternampak seorang lelaki yang macam kenal tak kenal. Dua kali pandang rupanya Remy Ishak! Aiseh,sudahlah sangat suka dia. Dia masih bernasib baik sebab tengah on the phone. Kalau tak mungkin jadi mangsa kamera dalam beg galas aku. =)

Peneman setia shopping. Pengkritik yang bagus juga. =)

Nahh..Aten.

Balik UKM, Eroh minta aku singgah Amin dulu, ada sesuatu kata dia. Sambil menyokong Malaysia yang berhempas pulas membelasah negara jiran di final Piala Suzuki, kami berparti hari jadi.

Eroh bawakan home made kek dari rumah. Ini sekali dengan belated birthday girl, Anati dan Aida.Terharulah. Aku tak mahu Secret Recipe, usaha dan ingatan sahabat itu lagi mahal. Dan sesungguhnya kek yang beliau masak sedap menjilat jari!! Nak minta bawak balik bilik sikit tapi malu lah. ehehe.

Kek Chocolate super sedap Mak Ghonah! =)
Siap ada bunga ros tau atas kek tu! aww.

Aten dan Zaf pula, senyap-senyap keluarkan bungkusan. Hadiah istimewa daripada mereka bertiga termasuk Chitah. Rupa-rupanya ini!

Yayy!! Boleh start fisio sendiri kat bilik. =))

Massage Ball yang amatlah comel.
(p/s: Dumbbell tu aku beli untuk aku sendiri)
Dengan ucapan dari mereka bertiga ni; Semoga cepat sembuh,selalu-selalu lah buat exercise supaya tangan kuat balik.Aku nyaris nak beli tadi. Mungkin gerak hati..=). Lagi, Zaf siap belanja Big Apples. Aish!

Nadia yang baru bangkit daripada mimpi, keluar dengan bawa sebekas mee goreng yang serious sedap. Yana,Fay turut ada meriahkan majlis.



Makanannya..Ya Allah.





Senang cerita malam itu malam yang sangat debab! Ketawa, makan dan ketawa lagi. Aku benci korang sebab berjaya buat aku sayang gila-gila korang! Lagi dan lagi. Hish. Terima kasih sebab selalu ada untuk aku saat susah senang. =)


27 Dec;

Malam tadi pula, geng-geng Ibu Zain terindu ajak keluar makan bersama dan sambut hari jadi yang belated. Makan lagi. Kemudian bergambar tak ingat. Yang aku tahu rahang sudah sakit asyik tersengih,tergelak dan ketawa.

Makn di BBB, Bangi. =)

Etty bam bam.

Ini Hantu Kak Limah wannabe- Kamel!

Tauke Shawls -Aten!

Ash keje gelak je.=)

=))

Terima kasih banyak lah kawan. You guys really made my day. =). Dah grad nanti susah dah nak rasa suasana macam ni lagi. =/


Banyak tak terkata nak aku ceritakan. Tak habis nak karang. Abah dan Mak sudah bagi hadiah awal-awal lagi. Kereta auto baru dah ada di rumah,tunggu nak dibawa ke UKM je, insya-Allah dalam masa terdekat boleh ke Johor selesaikan Fieldwork.

Dalam banyak-banyak wishes yang aku dapat yang ini paling aku suka. Nakal okay!


Daripada Along senget;

Tapi yang paling berharga yang aku dapat sempena hari lahir kali ini, kesihatan tangan dari yang Maha Esa. Alhamdulillah. Tiada yang lagi berharga daripada yang ini. Insya-Allah,semoga pemberian semula Allah swt ini aku gunakan sebaik mungkin selepas ini. Usia 20 tahun takkan aku lupa,bakal jadi sejarah dan pengajaran hidup paling bermakna. Pengalamn yang cukup mendewasakan. Insya-Allah. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Saya bukan budak lagi! =)"