Tak putus harapan.

Cerita pembedahan aku 30hb lepas usai dengan kesudahan yang aku sendiri tak pernah duga. Operation plating midshaft humerus tangan kiri aku dibatalkan saat- saat akhir. Hanya beberapa ketika sebelum masuk ke Dewan Bedah. Tiada siapa sangka, tiada siapa sekalipun para doktor yang hadir melawat aku sebelum pembedahan berlangsung.

Malam 29hb, hari masuk ke wad 7F, mata jadi degil untuk lelap meskipun hari sebelumnya kepenatan puang dari Port Dickson masih bersisa. Habis semua bahan bacaan aku tatap sehingga menjelang pukul 12 tengah malam, masih gagal lena. Bergerak ke surau luar sedikit daripada wad setelah memaklumkan jururawat yang bertugas malam tu, aku mulakan dengan solat sunat hajat kemudian membaca surah Yasin dan surah Al-Insyirah bagi mengurangkan rasa takut, rasa berdebar, rasa tak yakin seperti yang adik lelaki aku cadangkan sebelum mereka pulang pada tengahari tadi. Di hujung-hujung waktu sebelum aku meninggalkan surau, aku bisikkan doa dengan penuh harapan:

Ya Allah, andai kesakitan ini, andai dugaan ini adalah balasan atas dosa-dosaku, baik yang aku tahu mahupun tidak, aku redha Ya Allah. Seandainya ini adalah dugaan-Mu Ya Allah bagi menguji keimananku terhadap-Mu ya tuhanku..aku tetap redha. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui sebab dan musabab disebalik kejadian. Aku sesungguhnya penat, aku sedih dalam redhaku Ya Allah lalu buat aku rasa berdosa , dan kadang aku rasa tak mampu lalui ini semua. Kau Maha Mengetahui Ya Tuhanku, jika aku takkan mampu lagi meneruskan semua ini, menanggung kesakitan selepas hari ini nanti kau hentikanlah, legakan aku dari kesakitan ini Ya Allah..tetapi seandainya Kau tahu aku sememangnya mampu menempuhi dugaan ini, aku pohonkan sedikit kekuatan dan ketabahan untuk aku lalui hari mendatang tanpa kesalan.. Kau yang Maha Mengtahui, Ya Rahman,Ya Rahim.. Aminn Ya Rabbal Alaminn.

Pagi 30hb bermula seawal pukul 3.30 pagi bila aku terjaga dek rengekan pesakit katil hadapan. Terkebil-kebil aku menghadap siling tak mampu nak tidur semula. Pukul 5.50 saline dari dripper dimasukkan, sedikit membataskan pergerakan untuk berwuduk dan bersolat subuh apatah dengan tangan sebelah. Syukur, masih terlaksana. Pukul 7.15 mak dan adik-adik sudah sampai ke wad dulu sebelum operation. Masih menunggu sehingga pukul 8.30 pagi, aku dilawati para doktor yang terlibat termasuk pakar bius. Cast di lengan dibuka.Terdedah lengan yang membengkok. Profeso Manohara, pakar Neurologi Hospital Serdang, dan Mr.Nizlan pakar Ortopedik memulakan pemeriksaan awal;

Prof Manohara : “ Tunjukkan sebarang pergerakan yg awak mampu buat after 4 months awak dpt fracture boleh?”

Aku angguk. Aku tampung lengan, kemudian aku buat pergerakan pada pergelangan tangan yang sudah mampu aku angkat kerana 3 bulan sebelum ni aku mengalami wrist drop.

Mr.Nizlan: “Eh, last appoinment dulu tak sebanyak ni progress kan? “ (mukanya sedikit terkejut)

Aku: “haah, last jumpa Dr. saya dah boleh twist sikit wrist saya dulu,lepas tu saya buat fisio sendiri kat bilik”.

Berbisikkan dua doktor itu, daripada perbualan Prof.Mano kata, mungkin Nerve Exploration tak perlu dilakukan semasa pembedahan nanti. Terus aku ucap syukur. Yang tinggal sekarang tulang yang tak sembuh-sembuh.

Prof.Mano: “Supposely kalau awk sudah boleh angkat wrist and extend it, should be no problem untuk movement di bahagian lengan.” ( pandang aku dan mengangguk-angguk, aku tercenggang kurang faham).

Lalu,disuruhnya aku berdiri daripada katil dan dalam masa yang sama diangkatnya lengan aku hampir 45 darjah dari posisi asal dan pegang lengan yang tak berdaya dan menyuruh aku tahan lengan bila dia lepaskan lengan aku nanti.

“jangan lepaskan tangan saya Dr...”. Aku merayu.

“ Takpa,takpa..saya ada saya ada..saya tampung tangan awak ” Kata Prof mano dengan kepala yang terpusing-pusing.

Aku set minda untuk gerakkan tangan.. tapi tiada sebarang pergerakan. Aku paksa lagi sampai berkerut dahi, dalam masa yang sama, Prof.Manohara semakin melonggarkan pegangan pada lengan aku tadi. Dan betapa keajaiban kuasa tuhan..tanpa aku sangka-sangka. Tangan aku masih pada posisi 45 darjah tadi dan tak terjatuh ke sisi! Ternganga aku memandang tanganku sendiri. Dan dua orang doktor tadi tersenyum lebar.

Kemudian diikuti beberapa lagi pergerakan mereka arahkan, seperti menyentuh bahu kanan dan menyentuh mulut menggunakan tangan yang lumpuh tadi tu.. tetapi masih belum berjaya sepenuhnya disebabkan kesakitan dibahagian siku menggigit-gigit yang sudah mengeras setelah 4 bulan. Masih, jari-jemari belum boleh aku gerakkan ke atas lagi. Thumbs up yang paling terakhir aku boleh buat nanti kata doktor.

Namun, apa yg meyakinkan mereka, bila aku kata tiada sebarang rasa sakit dibahagian midshaft yang patah. Mereka merasakan tulang juga sudah bersambung. X-Ray membuktikan teori mereka. Operation dicadangkan agar dibatalkan oleh dua orang doktor pakar tadi, walaubagaimanapun terpulang kepada aku untuk buat keputusan. Ini kerana tangan aku nyatanya tersangat bengkok dan aku sendiri ngeri nak menatapnya lama-lama.

“Deformities left hand awak agak teruk, in about 31 degrees angle.Kalau awk nak proceed operation untuk betulkan tangan kami tiada masalah cuma ada risiko dia seperti infection, dan berkemungkinan saraf boleh tercedera semula terkena peralatan operation..lambat pula nak recover” Hujah Mr.Nizlan.

“Tapi kalau awk sanggup hidup dengan tangan bengkok then we’ll call to cancel the operation” Kata Mr.Nizlan lagi.

Tak sanggup lagi sia-siakan anugerah yang Allah telah kembalikan pada aku. Tulang yang bersambung, saraf yang pulih dan tangan boleh bergerak semula..itu yang aku doakan selama 4 bulan ini. Aku pilih untuk batalkan operation, petang itu juga aku keluar daripada hospital dan pulang tanpa tangan bersimen lagi. Aku mandi berjam-jam lamanya,merasakan nikmat yang direnggut sekejap 4 bulan dulu. Abah dan Pak su rasa masih punya solution lain bagi tangan aku yang bengkok itu.Mungkin operation selepas saraf aku sembuh sepenuhnya nanti. Buat masa sekarang aku tak mahu ambil tahu itu semua. Aku akan jaga yang telah aku peroleh kembali, aku akan belajar sesuaikan pergerakan tangan yang bengkok untuk bergerak seperti normal. Walau waktu tidur masih terasa tulang yang membonjol, aku percaya sebagaimana aku betah hidup dengan tangan sebelah dulu, begitu juga aku betah hidup dengan tangan yang cuma bengkok. Tak boleh lasak lagi. Itu syaratnya. Permatang kuarza dan Bukit Broga mungkin buat masa ini aku terpaksa tolak tepi dulu. Abah sendiri beri amaran jangan hiking Permatang Kuarza di Ampang kalau tak aku takkan dapat satu lagi kemudahan yang dijanjikan mak dan abah. Jadi kerana kemudahan itu lagi penting..aku lupakan impian aku itu dulu. =).

P/S: Allah Maha Pemurah terhadap hambanya. Walau aku kadang ada aku melupakan-Nya, masih tak terputus nikmat Allah. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Hanya kita yang selalu menzalimi diri sendiri.. Doa malam 29hb dan malam-malam 4 bulan lepas telah termakbul. Syukran Ya Allah.=). Alhamdulillah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Tak putus harapan."

  1. nara says:
    December 7, 2010 at 2:28 PM

    alhamdulillah~ berusaha untuk luruskan tangan k! =)

  2. ka says:
    December 8, 2010 at 2:54 PM

    Alhamdulillah~ ^______^