Urat saraf yang terkejut.

Amaran keras dibawakan khas oleh aku. Kalau kalian seorang yang aktif bersukan..

Jangan biarkan otot 'tidur' terlalu lama.

Buruk padahnya. Ini cerita pengalaman. Bukan rekaan.

Sudah satu semester gantung jersey, bukan aku yang kepatahan tangan ni sahaja, tapi semua pemain Rockaholicks turut sama gantung jersey.

Pagi tadi, macam mimpi kami masuk lagi pertandingan liga Futsal Terbuka anjuran PMUKM.

Sudahlah berlatih kurang daripada 5 hari. Skil tumpul tak terasah. Stamina semput macam kuda tua. Tapi rasa nak main menarik-narik hati kami si Rockaholicks!

Tak aku kahbarkan pada mak dan abah akan bermain futsal lagi. Takut dimarah. Tapi, sepanjang permainan, aku jadi pemain jinak, tak berapa menggasak macam dulu-dulu. Aku masih sayang hadiah-Nya yang satu ini.

Setiap kali aku jatuh,diasak lawan atau aku yang mengasak ada saja jeritan aku dengar dari luar padang. " Tangan wanie!! Jaga tangan!!" Atau "Guna tangan kanan wanie,jangan rempuh dengan tangan kiri!! " Atau " Ey,jangan sentuh tangan dia!!" Hahaha. Agak lucu, tapi aku faham sebenarnya mereka keberatan nak bagi aku masuk futsal lagi. Apa pun terima kasih untuk peluang ni.

Okay, tak mahu sorok-sorok. Kami bukan pesaing yang hebat untuk team-team futsal yang lain. Sementelah stamina ibarat sang kuda tua. Jadi tempat keempat sahaja layak untuk kami.

Pulangannya wang tunai RM100, hamper dan sijil.. sayang memang tiada medal diberikan. Johan milik KPJ Selangor yang memang maha hebat bermain.

Jadi malamnya, selesai rehat dan bertiduran kami semua ke KFC PKNS, laburkan wang kemenangan disitu. Menarik, manis, dan menyeronokkan. Sekarang aku rasa khidmat tukang urut sangat diperlukan..dari hujung tengkuk sampai hujung tumit sakit bukan kepalang. Padah lama tinggal sukan. heh.

Bila main dengan Rockaholicks, aku boleh rasa keserasian tu. Masa passing, shooting, dll. Jadi cakap pada aku, macam mana aku nak main kalau kalian tiada? Bersara lah mungkin.

Terima Kasih untuk kenangan tahun akhir ni. =)

Nahh..poyo dari kami. *source: Pikah

Di tempat kejadian. haha. *source: Nurul

Sementara menanti next game *source: Nurul

Malam kami berjimba keriangan.

Dan yang ini..pengurus pasukan. yang terbaik lagi Da bomb tak boleh kalian dapatkan dimana-mana! Cik Aten kita. =)



P/S: Appointment terakhir orthopedik. Aku disahkan sembuh sepenuhnya dan tak perlu datang lagi untuk temujanji seterusnya. Yeayy!! Cuma part yang tak suka bila Vit B12 yang tak reti habis tu ditambah lagi stoknya untuk sebulan oleh Dr.Nizlan.. Terima kasih la Dr!

Ambik kau!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

4 Response to "Urat saraf yang terkejut."

  1. nanafiana says:
    January 9, 2011 at 5:07 AM

    jgn nak ngada2 makan sampai hbs ubat tu!

  2. Alwanie Iberahim says:
    January 9, 2011 at 9:13 AM

    hadoii..baik dr! hak3.

  3. Iamnobody says:
    January 9, 2011 at 11:41 AM

    tahniah korang. that sound good news to me...hehe.

    p/s :patutlah kitorang tanya da btau makpak lom men futsal ni ko menyengih je. Tak bitau rupanya. seb bek tak ada apa yang berlaku.

  4. Alwanie Iberahim says:
    January 12, 2011 at 2:01 AM

    elly: kantoi la bgtau.hahaha