Demi masa, demi tesis.
Boleh tahan lama tak post apa-apa kat blog. Malas dan tiada masa jadi punca.
Bermula Selasa secara tepat tinggal 28 hari lagi aku punya peluang untuk siapkan tesis. Ya, 28 hari saja lagi. Tapi kerja yang tak siap tak tentu cukup 28 hari untuk disiapkan.
Kata mereka; sekarang perlu lari pada kelajuan tertinggi sudah. speed 5 paling efektif. Boleh gila! Petrografi baru nak mula penfasiran bila sampel thin section baru selesai 30 sampel.
Tapi minggu lepas ke Kota Tinggi lagi. Mengemaskini data tesis. Nah, tambah lagi 15 beg sampel perlu diproses. Saat macam ini aku mohon kelebihan tangan dan kudrat yang banyak. Macam Octopus pun tak apa.
Masalah tempat untuk praktikal belum selesai juga. Setakat ini hanya respon daripada UEMW Builders yang positif. Aku tak boleh terlalu memilih tempat praktikal. Mana kan 2 Mei sudah melapor di syarikat-syarikat berkenaan. Kalaupun JMG pilihan terakhir aku ada, aku turut. *(JMG= Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia). Cuma aku lebih suka pergi pada syarikat swasta berbanding kerajaan untuk praktikal. Di JMG fieldwork terhad,banyak terperap dalam pejabat bawah air-cond. Tak berapa kena dengan jiwa.
Tolak campur bahagi tinggal lebih kurang 2 bulan masa di bumi UKM. Ada sedih, ada rasa berdebar bercampur-campur. Yang pasti Geologi takkan aku lupa sampai mati. =)
Untuk masa bersama-sama satu batch ada satu trip ke Gua Tempurung di Perak beramai mungkin pada 11 Mac ni. Sumpah tak sabar nak pula dah lama tak ke field beramai-ramai macam dulu. Hee,cepatlah 11 Mac! Untuk semua kawan-kawan, selamat maju jaya dengan tesis kalian. Semoga sentiasa sabar,tabah,gigih dalam melaksanakan semua sampai sudah. Insya Allah kita boleh!
Bawah ini gambar masa ke Kuari ISB Kota Tinggi untuk tujuan perbandingan sampel. Dapat masuk dan lihat operasi dalamnya bagi aku kenangan berharga. =)
Peneman merangkap pembantu di Kota Tinggi; Anati Azmi dan Zafirah.
Encik Wong yang baik hati tumpangkan traktor nak ke kawasan bawah kuari. Kalau tak kena menapak.
Sempat merasa.=)
0 Response to "Demi masa, demi tesis."
Post a Comment