Ada yang hilang.

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah

Bila miskin syukur pada Tuhan

Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran

Bila kaya jadi insan pemurah

Bila berkuasa amanah

Bila berjaya tidak alpa

Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Hakikat Bahagia- UNIC

Semalaman mata tak mahu terpejam kelmarin, aku scroll ke album-album lagu dalam lappie, terlihat tajuk lagu ini, hati tergerak untuk mendengar. Nyata,lirik lagu ini sedikit sebanyak menyentuh aku. Bila susah aku sebut nama-Nya. Bila riang aku lupa. Terasa malu menyergap seluruh hati. Tak aku nafikan,kebelakangan ni,hal-hal duniawi lebih menjuarai takhta. Naifnya. Semoga keinsafan yang datang bukan sekadar singgahan.Insya-Allah.

Sekejap tadi, selesai bahagian terakhir Geologi Struktur. Amali, 2 jam setengah. Alhamdulillah, tidak aku mengeluh tidak juga aku terlalu yakin melakar bulatan-bulatan yang menetukan masa depan aku itu. Segalanya lancar. Syukur. Dan yang terakhir, Sedimentology. Masih berkeringat lagi azam aku. Semoga momentum tidak menjunam ke dasar.. Perjuangan masih belum selesai.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Ada yang hilang."