kau pelangi sesudah gerimis. =)

Sekejap tadi..saat hari hampir berlabuh tirai, aku sudahkan tanggungjawab keempat.
Tamat Petrology. bkn..hanya teori Petrology. Hari esok masih terhutang.

Perasaan yang terbaca kali ini..Paranoia. Ya,aku jadi paranoid. Kenapa? Sungguh ini bukan aku yang cepat serik dengan sakit. Maaf,aku juga insan biasa. Kerana kegagalan mungkin perkara yang sudah terbiasa disisi aku bernama manusia. Tapi nyatanya,bias tetap terasa.

Beberapa jam sebelum motor aku tunggang ke Dectar menuju ke medan perang, aku mencari secebis kekuatan yang masih bersisa. Ah,gagal! Ini bukan seperti biasa. Lalu,punat telefon aku tekan laju..keluar terpampang nama "mum"...dan "calling".

Tapi mampu merengek sebentar cuma kerana mak nyatanya sibuk amat. Niat hati mahu meminta sedikit kekuatan,rupanya masih belum mencukupi.Jiwa jadi tamak.

Facebook jadi tatapan melempiaskan keresahan kian tebal bersarang. Terlihat nama wanita ini di pinggir skrin. Cepat-cepat tangan klik tetikus ke link yang tersedia. Along,ya dia kakak,dia pemupuk semangat yang sentiasa ada. Pasti akan ada untuk aku. Segala rasa aku muntahkan di ruangan "comment". Tak segan silu. Mata seperti bertakung. Cepat aku seka. Tak mahu dilihat 'roomate'.

Nurul Farhana Iberahim. Pupuk jiwa aku hidup lagi dengan mentera kata-kata semangat yang hanya sepatah tapi keramat seluas bukaan dunia. Terima kasih hati dan jiwa. Kau jauh tapi dekat. Aku senyum lebar lagi malam ni. Sayang,rindu along! ^_^

Dia idola.


Dan, exam petrology. Alhamdulillah. Tuhan itu Maha Adil. Ada hari kan ribut dan hujan. Ada hari akan ceria dan panas. Ceria gala untuk hari ini. Semoga yang terbaik sentiasa hanya itu aku pinta. Esok masih belum tentu. Hidup ini roda. =)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

7 Response to "kau pelangi sesudah gerimis. =)"

  1. mztnhsn says:
    November 5, 2009 at 2:40 AM

    waaaa.. tataw asl. tp serious rasa nak nanges baca. hukhuk

  2. Alwanie Iberahim says:
    November 5, 2009 at 12:47 PM

    mesti ko rindu kakak ko neh. uhu

  3. mztnhsn says:
    November 6, 2009 at 1:22 PM

    dah jumpa dia dah. dia siap duduk bilik aku selama 6 hari. heehee :D
    best!
    skrg sudah kembali sunyi. *Sobs

  4. Alwanie Iberahim says:
    November 6, 2009 at 3:19 PM

    whoah..ronggeng hbs la? huhu. nnt blek umah ilang la sunyi 2. x blek?

  5. mztnhsn says:
    November 6, 2009 at 5:53 PM

    manade nk ronggeng. exam maa.
    apa daaaa..
    wanie. exam wanie. nk balek cmneee?

  6. Alwanie Iberahim says:
    November 8, 2009 at 4:10 AM

    ak ronggeng je gap 3 ari.. nnt ak tulis entry.

  7. mztnhsn says:
    November 8, 2009 at 9:37 PM

    hahaha. i xde lah pulak gap lame2 kan. sume gap sehari je.