Dugaan kala hujan lebat.
Semalam bukan hari untuk aku mungkin...
Segala yang terjadi buat aku terduduk terasa marah dgn diri sendiri.
Exam Geologi Struktur~ Buat semangat aku hilang. Jauh hanyut pergi.
Saat kertas putih menjerut sisa-sisa nafas itu di tangan..aku buka dengan lafaz
" Bismillahirrahmanirrahim"..
Melirik mata ke soalan 1...terpanggung kepala. Aku tahu jawapannya. Tapi aku lupa! Aku x mampu nak ingat balik. Ya Allah,terasa diuji hebat. '
Berkalih soalan ke-2.. Masih ingat-ingat lupa.. dan begitu soalan seterusnya.Dahi ditepuk berkali-kali. Istighfar tak putus-putus. Tak patut aku lupa sedangkan kurang dari sejam lepas aku mengulit nota buat kali terakhir. Mungkin ini yang dikatakan "mental block"?
Aku kurang pasti.
Sekian lama termenung,aku gagahi diri menjawab soalan-soalan yang ada. Walau ada yang terpaksa aku tinggal tidak bercoret-__-'. Masa yang diberi juga tak mencukupi..lantaran keputusan idea sekejap tadi. Kertas jawapan aku serahkan dengan rasa gagal. Kepala mula berdenyut-denyut. Tekanan yang diberi tadi mungkin telah "overburden" buatnya.
Mahu bergerak balik. Elly minta hantar ke geologi,nak ambil kunci makmal petrologi.
Aku hantar Elly dalam hujan renyai dengan motor. Malang tak sudah,disimbah air lopak!
Laju kereta tu bergerak langgar lopak-lopak air bertakung di jalan. Ye,aku dan Elly mandi sakan. Baju aku basah x perlu sebut.. macam baru menyelam. Sudahlah berbaju kurung bagai.
"Kurang ajar punya driver!"..dan segala keji mengeji hanya untuk dia. Haih.
Sampai ke bilik kesejukan, sandal yang aku pakai hampir 2 tahun sudah putus...T_T...
sandal yang sudah putus
Malam ke lab petrology..study untuk amali, Belum sempat habis 1 slide... blackout pula!
Astaghfirullah. Astghfirullah. Ini yang dikatakan dugaan.
Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. disebalik dugaan yang aku alami. Insya Allah. Moga dipertunjukkan.
November 5, 2009 at 12:38 AM
aku skeh nie~~
November 5, 2009 at 12:55 PM
-__-'