Geologi bergemuruh di Sungai Siput.
PROGRAM MAHASISWA BERSAMA PELAJAR SPM,
SUNGAI SIPUT, 23-24 JAN 2010
ANJURAN KELAB GEOLOGI.
Bergema lagu 'Gemuruh' memecah angkasa Sungai Siput 23 dan 24 Januari lepas, segemuruhnya semangat anak-anak Sungai Siput di sudut negeri Perak Darul Ridzuan ini.
Mudah dan ringkas,konklusi akan aku simpul- Pengalaman tak terhingga aku punya sesudah aku pulang dari Sungai Siput yang bersejarah ini. Meski kepenatan menyulam hampir segenap jasad, semangat mahu berkongsi pengalaman hidup yang mungkin sejengkal cuma daripada mereka yang baru berumur 17 tahun menjulang tinggi.
22 Januari 2010-Bertolak jumaat malam dari Bangi, minda sudah tiba dahulu disana. Fikiran mencipta imej-imej maya kondisi di Sungai Siput, wajah adik-adik yang bakal tiba esok hari. Tiba disana tatkala jam mengunjuk 12.30 pagi.. terus jentera mula gerak kerja. Sehingga 4.30 pagi, adalah selamat malam untuk kami.
23 Januari 2010- 5.30pagi, mimpi yang sejam lalu punah. Persediaan menyambut ketibaan adik-adik mula dijana. Kirmizi belum tampak rupa sudah ada seorang peserta menjengah di meja pendaftaran. " Nah,ini yang kita mahu" terdetik hati. Sepanjang hari itu, bermula tugasan kami selaku fasilitator, melaksanakan semua perancangan yang terangka sejak 2 minggu sudah.
Aku dan Amir diletakkan mandat bersama-sama menjaga adik-adik kumpulan 10. Sehingga hari ahad nanti.
Impresi awal aku dari kacamata seorang fasilitator, masih malu-malu lagi. Masih segan-segan sesama ahli kumpulan. Bercakap tak bersuara. Menjerit tak pula bergema. Cepat aku dan Amir cuba sebatikan mereka dengan suasana. Cuba kejutkan 'harimau' yang masih tidur dalam jiwa mereka. Alhamdulillah,menjelang petang,wajah-wajah remaja yang lebih gah mendepani cabaran sudah lahir. =). Setiap LDK yang dijalankan dikepil bersama matlamat dan objektif yang hanya untuk manusia yang mahu berfikir miliki semua. Antara LDK-LDK, Ice-Breaking, Bekas Ajaib, Benang Kasih, Screamer,Larian Menuju Impi, Lalang Ditiup Angin, Cipta logo kumpulan dan cheer.
Gelagat adik-adik cukup menghiburkan. Kaki sudah rasa longgar. Mengantuk kerana kurang tidur tak perlu sebut. Gelendong di bawah kelopak mata boleh diisi air. Tapi itu semua tak mengapa, yang penting matlamat program terlaksana. Dan banyak lagi kenangan yang tercipta di setiap saat menginjak sehinggalah tepat 1 pagi, fasi-fasi yang syahid dulu,adik-adik masih bising di katil berbual-bual. Bangun lagi pukul 3 pagi bergilir berjaga,sesudah 1 jam berlalu dengan berjaya mimpi aku karai kembali sampai 6 pagi. Bermula hari yang baru.
24 Januari 2010- Senamrobik pembuka mukadimah hari itu. Hari ahad. Tarian ayumi diketua Kechik uraikan simpul-simpul urat yang menjerut, buang segala rasa mengantuk jauh-jauh dari Sungai Siput... dan masih lagi agenda LDK. Cuma yang lebih berunsur permainan yang menguji pancaindera peserta. Antaranya, cerita Uda dan Dara, Telefon rosak, Boom, dan sebagainya. Kali ini, mereka bukan individu yang semalam aku kenal.
Tapi yang lebih kehadapan. Lebih berani. Ini yang aku katakan progresif. Walau tempohnya cuma satu hari yang kelmarin itu mungkin. Dan anugerah untuk aku dan sahabt yang lain sendiri, walau sekadar 2 hari disana aku juga termutasi dengan motivasi daripada persekitaran,pergaulan dengan remaja-remaja yang jalan hidup sesetengahnya jauh berbeza dengan aku. Ada sesetengah bercerita tentang sakit kehidupan, ada yang bercerita tentang kesilapan, buat dia rasa sesal dan sebal. Cerita-cerita yang buat aku terpanggil untuk muhasabah takdir yang telah Allah tetapkan ke atas aku. Betapa aku masih lemah jika hendak dibezakan dengan adik-adik ini yang kurang bernasib baik. Tiada berayah, ada yang tidak beribu dan segala yang perit telah dia merasa. Syukur pada Yang Esa, syukur kerana aku dipilih untuk melalu kehidupan yang jauh lebih mudah berbanding mereka.
Dan hari itu,kami layari bersama sampai pukul 6 petang, adik-adik ini harus kami lepas pulang. Harapan aku saat itu, semoga ini bukan noktahnya. Ukhwah ini jangan berhenti di lambaian selamat tinggal ketika petang yang suram itu ye adik-adik! Pukul 7 petang, Bangi melambai pulang.
Memori Sungai Siput tersemat tersulam sudah di sepanjang arteri dan vena kami. Sehingga akhir nafas nanti baru ia pergi. Insya-Allah.
Program Mahasiswa Bersama Pelajar SPM,
Sungai Siput,Perak.
Ini adik Zayani Zidane. Mereka kata muka kami sama. =)
Kumpulan 10- BUMBLE B
Antara cara untuk buat mereka lebih outspoken. Talk to the crowd
-Barisan Fasilitator-
January 29, 2010 at 1:01 AM
yup~ knangn xkan lupe~€
January 29, 2010 at 1:58 AM
btul3~
February 1, 2010 at 4:21 AM
weh,asal adik aku terlibat same?hahaha..dah la muke adik aku same ngn ko..xleh blah..hahahha..kalau giler ah...
March 3, 2010 at 11:37 AM
cik al
ish2 bermuke gatal ngn adek zayani zidane...hahahahah
btol2 mke sebijik mcm cik al
leh la wt adek angkat pasni
March 4, 2010 at 12:10 AM
sekali sekala. x nak wat adik angkat. nak jadik adik ipar yani bleh ke?
Yani,ko bookkan utk aku yeh. yaaa