Aku benci provokasi.

Ada perkara,

kadang-kadang kita sendiri tak sedar,

Menuding telunjuk pada orang, lagi empat milik sendiri.

Bila orang ekspreskan ketidakpuasan.kau melenting.

Bila kau ekspresi kemarahan, macamlah orang itu bukan manusia,yang tak ada akal nak menilai,
tak ada jiwa nak merasa.

Nyata perspektif kita berbeza. Walau era kita sama.

Pandangan kau tanpa ruang. Tak aku kata aku punya mencapah.

Kau melenting lagi. Pedoman hilang layaknya.

Mana ketenangan yang kau bedung. Nah,maruah kalian,kau yang carik sendiri.

Siapa punca jangan kau tuding. Kerana baki empat lagi milik kau juga.

Permainan apa yang kau langsungkan. Sumpah denasti kau kini goyah.

Bila tanpa sedar nyatanya selimutmu terbakar dek musuh dalam diam.

Tak mengapa. Kita diam dan lihat.

Kita terima apa yang datang,kerana aku percaya setiap yang ditentukan Dia ada hikmahnya.

Jadi kini,kita sama-sama saksi lautan siapa lebih bergelora?

Pantai siapa lebih haru dilanda badai.

Moga kau sedar.



Kata orang suatu masa dulu;

Kalau mahu kenal siapa kamu,jangan tanya pada hati,jangan soal pada jiwa.

Tapi tanya pada manusia disekeliling kamu.

Hendak kenal manusia lain. Baru kamu ketuk pintu hati kamu.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "Aku benci provokasi."

  1. . says:
    March 6, 2010 at 3:06 AM

    mendalam je ni..pelik2

  2. nara says:
    March 6, 2010 at 9:12 AM

    btul222 kdng2 kite x sdar, kite pndi mngkoyak kan orng lain,rasa puas sngat2, tp, ble kite dikoyakkan orng lain, kite akan marah, rase benci dngn orng itu....

    i2 yg kite x sdar

  3. Alwanie Iberahim says:
    March 8, 2010 at 7:24 PM

    ^_^ V