"you cycle you sweat you healthy"

Hujung minggu yang terisi.

Pagi yang bungkam berisi kemalasan. Walau kesejukan dingin pagi mengikat semua otot dan tulang temulang bersama,demi semangat mengayuh basikal selimut berjaya aku selak tepi.

Tepat 8 pagi yang sejahtera tercatuk aku bersama penduduk Ibu Zain dalam jumlah yang minor di dataran panggung seni dikala camar mula memeriahkan pagi menebar di angkasa raya.

tepat pukul 9 pagi, berangkat peserta Jom Kayuh anjuran Izac (Ibu Zain Carnival) menuju ke residen di seksyen 1 bandar baru bangi. Perasaan masa itu? Mungkin teruja,bila ini yang pertama aku mengayuh basikal dalam acara sebegini apatah keluar dari lingkungan kampus.

Bertambah keterujaan dengan kawalan dari RELA, marshall, dan ambulance buat ekspedisi tampak meriah. Sehingga mendaki menuju 'roundabout' kaki mula lenguh. Tapi tak bermakna aku akan berhenti. Terus mengayuh sesudah ketibaan kami disambut ahli-ahli jawatnkuasa KRT seksyen 1 bersama ADUN Serdang.

Agenda diisi dengan permainan futsal. Menarik. Walau seri 2-2 menentang AJK KRT. Ibu Zain vs Jiran Muda bolot juara dengan kemenangan 6-3. Tahniah. Yang penting tentang hari ini,semua makanan adalah percuma. Terasa lebih kenikmatannya. ^_^

Gambar:


Muka mengantuk lagi.



Bersama felo kolej Ibu zain (sebelah kanan gambar; Abang Ijan, Tengah; En.Danny) dan Senior serta kawan-kawan. =)




Futsal


Nampak tak bungkusan makanan tu?

nampak menarik di mata saya. =)

tapi mungkin kalau mahu aku berbasikal lagi aku akan pertimbangkan lebih daripada sekali lepas ini. haha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to ""you cycle you sweat you healthy""