Expo Kerjaya Geologi

Hari yang sama.

Waktu yang berbeza. Habis Jom Kayuh aku bergegas ke Career Day Geology yang sudah tertinggal sekerat hari.

Masuk-masuk DKG 126, tayangan slideshow tentang kerjaya di offshore sedang berlangsung. Kandungannya menarik dan mampu memancing minat. Saat melihatkan perkara-perkara yang mungkin kami sendiri kurang tahu dan kurang arif,mulut melopong, mata tak berkelip. Kagum. =)

Ceramah daripada wakil Shell yang mana Cik Aimi ini sendiri merangkap Production Geologist bagi Syarikat gergasi ini. Menceritakan liku-liku sebelum berjaya diambil bekerja oleh Shell hakikatnya sedikit mencabar kenyataan yang selama ini aku hampir 100% percaya boleh jadi milik aku. Tapi tak semudah itu. Mulalah impian nampak sepert di awangan.

Dan banyak lagi,tentang pengalaman kerja daripada seorang Reservoir Geologist kini menjadi antara ahli dibawah Production Geologist. Karismanya terserlah tak perlu dipersoal mengapa mudah dia diterima dibawah komuniti syarikat gergasi ini.

Yang paling bermakna, perkongsian maklumat tentang tips-tips interview di bawah Shell malah boleh diaplikasi bagi syarikat lain juga. Terima Kasih.

Dalam ceramah kedua, yang disampaikan oleh wakil daripada GESB GROUP yang mana adalah syarikat yang banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat minyak lain yang tak kurang terkenal antaranya PETRONAS sendiri.

Judul ceramah; Cetusan Minda (First Impression) mula-mula aku dengar akan isi-isi yang disampaikan sedikit susah untuk dicerna akal. Tapi makin menginjak waktu,aku faham mesej yang cuba disampaikan oleh Encik Raja Halim ini @ Kingharleem mengenai perspektif yang perlu ada dalam seorang graduan agar menjadi cukup kompeten untuk diambil bekerja di syarikat-syarikat besar. Menarik.

Namun,yang paling aku tertarikdan berasa kagum adalah keberanian,keterbukaan Tuan penceramah ini dalam menegur kesilapan yang boleh aku klasifikasikan major dan minor dalam menangani majlis-majlis seperti ini. Sehinggakan etiket menghantar email juga turut disentuh yang kita mungkin anggap perkara ini adalah perkara remeh. Hakikatnya, yang remeh inilah nanti akan meninggalkan impak besar dalam 'First Impression' majikan untuk memilih pekerjanya.


-Kingharleem-

"Jangan biar resume awak dibuang awal-awal dalam tong sampah dan tak dibaca langsung disebabkan careless awak sendiri"

-Pesanan keramat-

Hari yang menarik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

5 Response to "Expo Kerjaya Geologi"

  1. nara says:
    March 7, 2010 at 6:43 PM

    cam best je~ kongsikan ngan ak tau!

  2. zayani Halil says:
    March 7, 2010 at 7:04 PM

    wanie pasni ko kene buat kelas resume utk 2nd year yg xberkesempatan dtg career day taw..(-_-")

  3. Alwanie Iberahim says:
    March 8, 2010 at 12:09 AM

    Kak Aimi: Boleh..InsyaAllah. =))

    Yani: Nak ajar resume tuh mcm susah sket jeh. hahaha.

  4. Anonymous Says:
    July 27, 2010 at 8:00 PM

    Salam Wanie, ada simpan tak gambar mamat hendsome tu. heeeheee... Boleh e-mail kat saya tak?. Saya kat Bintulu hari nih, esok di KL. E-mailkan ke gmail saya. Dok carik-carik geology info, terjumpa artikel nih. TQ

  5. Alwanie Iberahim says:
    July 29, 2010 at 1:46 PM

    Salam..boleh,masih ada gambarnye. tp address gmail x diberi. =)