Warkah untuk Putra
Tersentak daripada tidur yang jarang-jarang selena ini.
Bangkit selak selimut,campak bantal gebu ketepi,kemudian scroll tetikus tak bernyawa itu, aku goncang goncang lembut.
Facebook loading...
Kelibat mata tertangkap akan notifications yang merah di hujung skrin. Perlahan aku klik.
"Fz Putra Iberahim commented on your wall post"
dan
"Fz Putra Iberahim commented on his status"
Aik? info yang terpapar menunjukkan lelaki ini online dalam 3 jam sebelum. Sekitar 11.30 malam waktu Malaysia. Garu-garu kepala tak gatal. Boleh pula online malam-malam kat asrama?
Aku terbacakan ini.
Alwanie Iberahim Putra oh putra~ angah taw memang seksa duduk asrama tp ko kan macho man?? terbantut la kemachoan ko kalo surrender skang patera~
so don't give up easily..ini baru sikit daripada yang bakal mendatang dimasa hadapan nnti. kalau sekarang x boleh dah,macam ne nanti plak kan? ^_^.
x lame lagi cuti bole blk lagi. enjoy2 kat umah. k? =)
Sayup sekejap pandangan aku tombak dalam-dalam skrin masa ini.
dan kemudian,
aku klik pada notification yang satu lagi-statusnya.
Fz Putra Iberahim bbbbbasyah!!!
Tahu,aku tahu sungguh. Adik aku yang seorang ini,tidaklah terlalu selesa disana.
Faktornya terlalu subjektif,mungkin kerana kurang kawan-kawan
atau mungkin kerana faktor dirinya sendiri.
Penat lihat dia. Bila cuti raya cina yang lepas,aku pulang lewat 3 hari daripada hari Putra sampai dirumah.
Telefon berbunyi sms masuk.
-"Angah balik bila?"
"Ahad la kot. Angah ada kerja tak siap lagi ni"
-"Ok"
Pendek,tapi cukup tahu banyak yang mahu dikongsinya pada siapa lagi kalau bukan adik-beradiknya sendiri.
Tiba dirumah, tahu tahu Putra demam panas. Berhari-hari.
"Alahai,tak macho ah ko ni Putra,baru 2 minggu duduk asrama dah demam siap"
Sindiran aku dibalas senyuman lemah sahaja.
Satu malam,aku temanPutra siapkan kerja rumah dia. Buat kimia,yang tersangkut aku tolong mana yang patut.Sedang dia khusyuk siapkan kerja,
"Tak best la duduk sana Angah. Putra terseksa. Hahaha"
"La,biasala Putra. Mana ada masuk-masuk asrama semua rasa best. Angah pun dulu homesick jgak,tapi lpas Angah dah 4 bulan orang lain dah steady angah baru nak homesick. (gelak)"
"Tahu,tapi susah la nak adapt. Dah la cikgu dia ajar laju. Kadang-kadang tak dapat tangkap. Mula-mula masa masuk Putra rindu sangat Seri Raub. Cikgu dia akan ajar sampai kita faham"
"That's why la,bila tak paham jangan simpan. Terus jumpa cikgu. Kalau nak kelainan boleh je jumpa cikgu yang tak ajar kau pun"
"tula,duduk sana asyik teringat rumah je"
"Sampai bila nak duduk bawah ketiak mak ha? Nak tak nak nanti kau kena tinggalkan rumah jugak" Tertawa aku.
Hari ahad mahu hantar dia pulang ke Shah Pekan semula. Ketika singgah makan tengahari sempat Putra bisik;
"Angah, Putra rasa tak nak balik laa.." Muka sedikit ketat.
Simpati meyimbah seluruh jiwa saat itu. Kasihankan adik aku yang seorang ini. Mungkin jarang-jarang jauh dengan keluarga buat dia tak betah hidup di situ.
Sebelum dia melangkah masuk ke Aspura,aku tepuk-tepuk bahunya kongsikan semangat.
"Jangan menangis eh Putra" Sempat lagi aku menyakat. Putra senyum saja.
Kata Abah; "Dia ok je tu. Bolehnya. Tak ada masalahnya"
Harap-harap begitu.
Putra; Apa yang selama ini abah dengan mak cakapkan sebagai HIDUP baru sahaja bermula untuk Putra. Manusia yang kuat adalah yang gah fizikalnya,tapi yang lebih gagah adalah manusia yang perkasa dalamannya.
Tak lentur dijentik tak patah dibidas
Soalnya macam mana nak jadi yang gah luaran dan perkasa dalaman?
Kena lalui apa yang abah dan mak katakan sebagai HIDUP tadi.
Macam Putra cakap kat facebook Putra;
tiada kehidupan tanpa dugaan,tiada kematangan tanpa kekalutan..
Angah percaya Putra dah mula mencerna sedikit demi sedikit HIDUP ini. Jadi jangan sekali kali berundur. Pengalaman tak boleh dibeli. ^_^
Mohd Faiz Putra Iberahim, berjuang!
March 9, 2010 at 11:07 PM
sob3.
*lap air mata*
March 10, 2010 at 1:40 AM
mztnhsn! berjuang! jangan selalu homesick. =D