Titik bukan noktah.
Nah,sedikit tertinggal mungkin. Tapi ertinya kebebasan masih aku mahu julang tinggi disini. Walau kertas geologi ekonomi tadi diuji Yang Esa. Tak apa,itu semua pemula bahagia seterusnya. Bahagikah soalnya?
Cabaran seterusnya menunggu di pintu mahligai sana. Hah,hiperbola.
Kerja lapangan Kuala Krai,Kelantan dan Bukit Keluang,Terengganu selama 2 minggu bermula 1 Mei ni,sehingga 15hb Mei. Kemudian kerja-kerja laporan di UKM selama seminggu sehingga 21hb mei.Kemudian,mungkin lambaian rumah patut aku ambil kira selepas itu,hanya jika.....
Kerja-kerja projek tesis masih belum bermula,yang mana semestinya kerja tesis bermula sebaik selesai tugasan kerjalapangan K.krai-B.Kluang tadi.
Kadang-kadang tak salah nak bermimpi. Tak salah memujuk hati. Tak salah memotivasi diri.
Kenapa keluhan masih bertamu di hujung kata-kata,kalau Geologi adalah takdir aku. Geologi adalah hidup aku, dan segala-galanya yang melingkungi aku saban hari. Aku harus senyum selebar lautan mendepa dipukul ombak menggila.Seharusnya aku tersenyum. Aku peroleh apa yang telah aku minta daripada Yang Esa. Dia memakbulkan doa aku.
Ini aku petik daripada status facebook salah seorang pensyarah senior Geologi yang bakal bersara,kata-kata nasihatnya umpama ayah. Professor Hamzah Mohamad,pensyarah Petrologi,Geokimia dan berkaitan dengan mineral-mineral.
"Second year stdns. Ready for 3 challenging metamorphic traverses di Kuala Krai. Rated by privious year stdns (the most to the least): (1) 2.5km Sg. Mei (meranduk), (2) 60km Sg.Galas (boat ride), (3) 20km Sg.Sam-Dabong road treverse (by bus). You can do it!"
jadi apa lagi perlu aku takutkan,perlu lagi aku gentarkan. Nasihat-nasihat keramat kini aku kumpul kejap-kejap jadi azimat. Datanglah badai sekalipun,aku redah penuh gagah. =))
terima kasih,prof.
Semangat menjulang tinggi. Cabaran Kuala Krai-Bukit Kluang.Insya-Allah.
Dengan partner. Field di pahang. Geologi Struktur.=)
0 Response to "Titik bukan noktah."
Post a Comment