RM10.

Hari ini kembali semula bermukim di ukm. Sekurang-kurangnya sampai 9 jun. Sempat bercuti seminggu walau hakikatnya sumpah kerat jari memang tak cukup. Ada sedikit cerita entahkan nak aku kata lucu atau terharu. Berlaku di rumah seminggu yang dulu. Aku balik ke raub dalam keadaan tergesa-gesa hari sabtu yang lepas. Dengan keadaan duit dalam dompet hanya berbaki RM2. Disebabkan sifat malas,sengaja aku lengahkan keluarkan duit untuk balik. Tuhan nak menduga, saat-saat kritikal itu,semua ATM machine menayangkan mesej ringkas ini,tapi cukup menyakitkan hati.

"system is temporarily out of service"

Aku tunggang Skuter Ego sehingga ke kajang mengharapkan keajaiban berlaku. Hampa,sudahnya aku pinjam RM20 dari kawan yang masih ada di ukm. cukup-cukup untuk aku menaiki ktm,lrt dan kemudiannya bas ekspress. Sementelah dari pagi tak menjamah makanan,waktu dah menginjak pukul 2.3o petang. Soal makan aku letak di barisan terakhir. Terpaksa,sebab duit memang cukup-cukup. Aku pujuk hati "Ini dugaan balik rumah ni"

Sampai di raub pukul 6,mak jemput di stesen bas. Kesengsaraan seharian aku adukan pada mak. Terkejut mendengar kan anaknya yang segemok gedempol ni berjaya menahan makan satu hari,mungkin simpati bertandang. Dibawanya aku ke restoran berhampiran,dan perut diisi tepat jam 6.30 petang. Cerita ini tersebar sehingga ke pengetahuan adik-adik yang balik.

Setiba di rumah,Ika,adik aku yang keempat tiba-tiba membuka wallet,lalu mengunjuk ke muka aku sehelai not berwarna merah.

"nah,ini ika kasi buat belanja angah nak pergi johor nanti". Ini luar biasa,kerana adik yang ini sedikit tangkai jering orangnya.

"Uihh,asal baik hati sangat ni? Tak pernah-pernah ika baik nak bagi duit kat angah. Tak pela,nanti mak kasi angah duit lah." Menolak sambil tergelak. Adik bongsu aku menyampuk.

"Angah,ambil je duit tu,dari dia bazirkan beli kreko" Bernas juga hujah adik aku yang satu ni,laju aku capai not rm10 tadi.

Daripada mak,aku dapat tahu dia belikan aku sebungkus roti gardenia butterscotch balik dari asrama tadi. Cukup buat aku tahu,adik sayangkan kakak nya. =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "RM10."

  1. mztnhsn says:
    May 31, 2010 at 1:27 AM

    gemok gedempol. wakakaka.

    pehhh terharu seh baca cite ni. :')

  2. Alwanie Iberahim says:
    May 31, 2010 at 7:06 AM

    at least aku ngaku la.haha