Keajaiban itu.

Balik dari hospital serdang tadi..untuk appoinment tulang dan saraf, aku berteleku mengenangkan kata-kata mak beberapa minggu lepas.

"Dari kecil mak jaga baik anak-anak mak,naik tangga mak ikut,panjat longkang mak ikut.. tapi bila dah besar accident pula. patah tangan..." kata mak perlahan.

X-ray terbaru bahagian humerus kiri ku tak sedikit pun memberi kelegaan yang aku harapkan. Tertancap mata di skrin komputer doktor di hadapankan menunjukkan terdapatnya displacement pada humerus tadi. Yang mana seharusnya setelah sebulan tulang malang itu menunjukkan tanda-tanda awal penyambungan,tapi hampa. Wajah bimbang doktor muda berdua itu aku pandang dengan penuh tanda tanya. Apa sudahnya?

" Banyak displaced ni..almost 3cm. We need to do U slab balik semula, adjust the bone and do it again".kata doktor india itu serius. Walaupun bukan major dalam biologi..aku cukup faham apa akan terjadi selepas ini.

Sesungguhnya,aku tak mampu menahan kesakitan yang maha dasyat sehinggakan gugur air mata. Tangan yang patah ditolak keatas kebawah,kekiri kekanan untuk menemukan dua belah humerus yang terpisah tadi. Allah,azabnya.

Selesai setengah jam yang sengsara, sekali lagi x-ray dibuat. Malangnya masih ada gap sebanyak 1cm. Tulang itu belum duduk pada tempatnya. Aku diminta merujuk pakar ortopedik rabu ini. Atas kemungkinan tulang tadi perlu diberi sokongan selain plaster of paris sahaja. Pembedahan untuk memasukkan besi penyokong antara kegusaran yang tak habis-habis mengacau perasaan.

"Susah wanie pakai besi..nak pula geologi. Nak pergi field,dengan hujan,kilat. Sengsara kau nanti" Ujar seorang kawan.

Aku sendiri tak mampu tentukan yang mana terbaik setakat ini. Cuma aku harapkan keajaiban itu Ya,Allah..kabulkanlah. kabulkanlah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Keajaiban itu."

  1. Anonymous Says:
    August 21, 2010 at 10:29 PM

    insya'Allah selamat.. =)

  2. sistema de las VĂ­ctimas says:
    September 15, 2010 at 12:25 AM

    mne de efect pn pkai besi..aku pkai x rse pape pn..ok je kilat sbung mnyabung