Kuat okay?

Sepatutnya sekarang aku sibuk mengerjakan tesis lebih-lebih lagi abstrak yang harus submit sebelum lusa. Dan esok juga ada midsem Geologi Sekitaran.Entah,semester ni, tensi jadi sahabat baik. Airmata pun jadi murah. tak mahu jadi ego. Aku mengaku sesekali terhambur juga air mata menahan sesak bebanan.Betul,realiti itu kejam. Tak tertelan.

Satu-satu masalah berbaris di benak. Hilang akal,mahu aku hentak kepala di tembok empat bilik kecil ni. Masalah paling besar,tesis pastilah. Bukan mencari alasan,tetapi kondisi aku yang tak cukup tangan sekarang menghadkan kecepatan kerja yang aku mampu buat. Bergantung dengan orang yang paling banyak sampaikan tanpa bantuan aku tak mampu nak buat.
Seminar tesis kurang daripada seminggu. Dalam seminar ini harus bentangkan HASIL KAJIAN , bukan bentang KERTAS KERJA macam pelajar kos lain. Itu sudah selesai semester 3 lepas. Soalnya hasil kajian bergerak macam semut. Nak potong batu kena pakai dua tangan,nak sediakan slide petrografi pun dua tangan. Tuhan tengah menduga.

Pedulilah kalau mereka mahu kata keadaan aku ini hanya dugaan kecil,tapi aku pun manusia biasa. Sakit perit aku tanggung seorang. Sesetengah kawan hanya dimasa senang. Saat susah,bagai mustahil hadirnya kau. Allah tak akan duga manusia luar daripada kemampuan mereka. Maka itu,aku cuba yakini diri,aku mampu. Kalau tak Allah tak duga.

Usai 2 bulan berlalu,keadaan tangan lumpuh tak ada sebarang perkembangan terbaru. Kalau doktor yang merawat pun bimbang apatah aku. Disuruh ke hulu ke hilir dapatkan rawatan saraf yang tiada di hospital serdang. Lagi masa terbuang. Lagi susah hati jadinya. Kaki kiri pula mula ada komplikasi terbaru. Keadaannya macam orang yang tiada rawan di sendi lutut. Azab selepas duduk lama. Seksa apabila berdiri lama. Tak macam dulu lagi.

Nanti, selesai seminar, 2 minggu kemudiannya sudah final exam. Jangan pelik kenapa jadi pelajar harus tensi. Nak aku merengek pada mak,aku fikir cukuplah aku sesakkan hatinya dengan isu kesihatan yang tak selesai lagi. Tak mahu jadi anak yang menyusahkan. Jadi,di setiap panggilan untuk mak,suara aku kedengaran ceria.

Yang aku mohon saat ini,sedikit kekuatan. Aku pasti aku mampu lalui. aku pasti mampu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

4 Response to "Kuat okay?"

  1. ka says:
    October 4, 2010 at 10:47 PM

    semoga dipermudahkan urusan selalu. ameen..

  2. nanafiana says:
    October 9, 2010 at 8:44 PM

    u'll survive sis iA. i pray for u. ALLAH will pay u goodness in some way :)

  3. nanafiana says:
    October 9, 2010 at 8:54 PM

    be strong! xox. ALLAH will pay u goodness!! ameen

  4. Alwanie Iberahim says:
    October 13, 2010 at 1:17 AM

    tika: insyaAllah.thanks. =)

    along: i will. insyaAllah,praying fr the same thing to happen. rindu alongggg!