Heyya, last semester!!
Sejak dari pagi tadi, blok kembali riuh. Cafe masih tetap riuh. Selesai program Permata Pintar, penghuni Kolej Ungku Omar balik semula untuk mula semester baru.
Sekejap. Semester baru?? Aku lebih suka jika disebut semester akhir. Yeah, semester terakhir di UKM! Wow, kadang-kadang ada rasa tak percaya. Sekejap sangat tiga tahun. Tapi sungguh, semua pahit-manis di UKM ni banyak ajar aku sesuatu dalam hidup. Takkan lupa lah.
Nanti bulan 4 secara rasmi aku bergelar alumni UKM. eheh.. tapi,tapi, bukan cuti tau.Harus berpraktikal untuk 3 bulan. Ini juga adalah latihan industri dengan nilai jam kredit 6 jam untuk menjadi total sebelum segulung ijazah aku genggam masa konvokesyen nanti. Tak sabar.
Oh, sebenarnya nak cerita pekerjaan kami budak batu seminggu ini. Ok, memang mula-mula buat kerja makmal. Menginjak hari rabu bermula hari ronggeng sedunia. Rabu aku dijadualkan dengan fisioterapi di Serdang. Tak sangka Chitah offer nak hantarkan ke hospital. Bukan naik motor beliau, tapi naik kereta. Ahha. Kereta sewa. Sumpah rajin lain-lain macam.
Memang salah satu sebabnya nak ajak meronggeng. 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' antara senarai hari tu. Selesai Fisio terus bergerak ke Alamanda. Tak pernah naik orang lain drive, Chitah drive boleh tahan gila, tapi yakin lah.
Tasik belakang plaza.
Dua orang driver bertuah. Anati dan Chitah. Kecik molek je orangnya.
Aten. Special nak gambar single. =P
Malang, Hantu Kak Limah terlebih popular malam tu, tiket penuh jadi pilih 'Aku Tak Bodoh' sebagai pelarian. Sebelum masuk panggung sempat aku sambar satu Sneakers,nak tambah koleksi. Tapi banyak-banyak sneakers aku ada sekarang warna ni yang aku suka sekali.
Sukaaaa. <3
Komentar ringkas "Aku Tak Bodoh", boleh tahan kelakar, boleh tahan sengal juga ceritanya. Balik Anati drive. Lagi boleh tahan gila. Tapi tetap selamat sampai.
Hari Khamis- Rancang nak ke Schlumberger di KLCC, mahu serahkan resume untuk Internships tapi setelah call, pihak Schlumberger minta datang bulan 2. Jadi plan Khamis hangus.
Malamnya, ramai-ramai lepak bilik aku di Ungku Omar. Melayan movie. Kami rancang nak ke The Mines esoknya.
Walau motif asal aku hanya mahu beli shavings hamster sahaja, sekali lagi plan-date dengan Kak Limah 'on'. Kali ini, lebih bijak kami book dulu. Kak Limah serious kelakar! seramnya tak langsung. Habis cerita jalan-jalan habiskan duit. =)
Cermin Reject Shop.
On the way ke KTM Serdang, tak pernah jalan kaki. Dah berpuluh kali naik cruise pun buat jakun lagi. =P
Balik sudah malam. Kepenatan tapi puas hati. Lepas ni tak boleh ronggeng sangat. Semester akhir akan paling sibuk. Jadi kena fokus!
P/S: Gambar dalam wad yang bosan nak mati VS gambar terbaru tangan dah sembuh. =))
Tangan masuk kocek, cover tangan lenguh tapi malas nak pakai armsling.
December 19, 2010 at 4:57 PM
chitah drive? sampai tak kaki die? mesti ade gaye die tersendiri kn? haha
December 20, 2010 at 1:15 AM
uii..sampaii. jgn main2. tp part gaya tu ko btul.haha.
December 20, 2010 at 4:56 PM
ha3.. kurg asam.. =)