Al-Fatihah buat arwah Azron Fadzri.
Balik-balik dari The Mines tadi, aku terus log in Facebook, sambil hilangkan lelah berjalan. Tertancap mata pada status Nur Shakila Ilyana, kawan Seseri aku tentang kematian seorang yang bernama Fuzzrie Nurra.
Aku tak kenal dia, tapi ada rasa simpati, jadi aku klik nama arwah dan jenguk wall nya. Scroll,scroll pada semua ucapan takziah sehingga doa-doa dari sahabat arwah masa arwah masih ada dulu. Aku baca satu status arwah..
Wad 7F,Hosp. Serdang? Kepala terpanggung depan skrin bercahaya.Ini wad aku menginap hari dulu. Aku cari-cari cerita kematiannya dalam komen-komen yang maha banyak tadi. Antaranya, soft tissue tumor atau kanser. Aku klik gambar profil arwah, ternampak gambar aarwah bersama isterinya. Bulat mata tercengang aku dibuatnya. Sah! Lelaki ini duduk di sebelah katil aku dalam wad 7F dulu. Hari aku masuk, arwah sudah ada. Ya, pelikkan macam mana pesakit lelaki dan perempuan diletakkan bercampur. Tapi berikutan kekurangan katil, aku terpaksa akur duduk di wad lelaki. Sepanjang 2 hari itu, sempat lah aku kenal dengan isterinya, walau melalui senyuman sahaja. Kerap nampak arwah diusung ke sana-sini dengan katil untuk ujian-ujian.
Arwah dan isterinya.
Tak sangka penyakitnya seteruk itu. Aku fikir tak patah, gout. Kalau sudah wad ortopedik, penyakit apa lagi. Nak pula, arwah aku dengar selalu bergurau dengan isterinya, dalam saat sakitnya itu. Masih seorang yang gila-gila. Daripada cerita Shakila, arwah koma beberapa hari sebelum meninggal dunia. Lagi kasihan, beliau masih mempunyai anak-anak kecil. Yang bongsu baru 2 bulan.
Semoga Kak Ummyra sentiasa tabah menjalani kehidupan bersama anak-anaknya walau tanpa arwah lagi disisi. Takziah. Al-Fatihah.
December 19, 2010 at 4:56 PM
.duk wad lelaki wanie..seramnye..xtakut ke tdo malam?(-_-")
December 20, 2010 at 1:16 AM
hahaha. ape seramnya. semua sakit. tak de mase nak buat jahat. =P