Khabar baik.

Tesis dah hantar. Satu kelegaan.


Petang tadi terus pergi tasik putrajaya jerit kuat-kuat. Luckily tiada orang.

"Nilai Ekonomi Batuan Kaya Silika Bkt. Kangkar Papan,Kota Tinggi". Harap-harap kau bawa tuah.

Kota Tinggi akan dirindui yang pasti. Pahit manis semua jadi satu.

Alhamdulillah, permohonan praktikal di Selinsing Gold Mine dah diterima. Allah dengar doa aku. Alhamdulillah.

Yang tak bestnya, tak semua dapat Selinsing. Dari dua kumpulan yang memohon dua orang je yang diambil. Kenapa aku tak tahu.

Sekarang berjuang untuk Final Geologi Malaysia esok.

Berjuang untuk pembentangan Viva tesis selasan depan. Harap Dr. Azimah tak menghentam sangat.

Dan..berjuang untuk paper-paper final. Walaupun empat sahaja, tapi semua nya killer, especially GeoTektonik.

Permudahkanlah urusan kami, Ya Allah. Kuatkan lah diri kami, rohani dan jasmani. Demi sisa-sisa hari terakhir di UKM. Amin..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Khabar baik."