Viva Viva

Alhamdulillah. selesai viva tadi. Giliran hari pertama pada pukul 12.20pm cukup menyenangkan walau aku kelam kabut nak siapkan semuanya lepas habis pemeriksaan peta dan poster kelmarinnya.


Pembaca tesis aku Dr.Azimah. Syukur banyak kepada Allah dikurniakan pembaca yangsangat memahami situasi pelajar, khususnya aku yang banyak masalah hari tu dengan patah tangan semua.

Tidaklah dipuji melambung-melambung tulisan tesis aku tu. Banyak cadangan yang Dr utarakan untuk baiki lagi baik tesis aku ni contohnya analisis XRF dan penafsiran yang memang aku terkapai-kapai nak siapkan dan karang dalam tesis. Puncanya tak berapa faham sementelah XRF ni bagi aku sangat kompleks dan beribu penafsiran boleh kita beri daripada satu graf sahaja. Insya-Allah aku akan baiki.

Lepas ni boleh fokus pada final. 18hb paper lombong. Boleh tahan tough. 19 pula paper Geologi Malaysia. Yang ni memang nak mati. Sepatah haram tak study lagi. Fokus pada viva banyak.
Apa pun. Selamat Maju Jaya pada geologians yg lain yang akan menempuhi viva 2 hari ni lagi.

~Relax-relax sudaa~ (Tagline Amir Asyraf). Good luck kawan! =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Viva Viva"