Empat bulan.

Lama tak conteng-conteng kat sini. Fuh. Empat bulan yang lepas.

Well,to update the whole story of this 4 months;

Usai semester 6, semester akhir aku nyak ke Selinsing Gold Mine berpraktikal disana. Mujur diizinkan kesihatan tubuh badan. Segala kerja lasak,mapping,slope stability, core logging dan macam-macam lagi aku belajar tanpa masalah.

Selinsing berjaya prepare aku untuk jadi Geologist. Rasa ragu-ragu mula dengan kemampuan sendiri. Tapi menginjak bulan segala Earthwork aku boleh buat tanpa perlu pengawasan.

Aku assigned untuk kajian Structural Paragenesis. Thanks again untuk Kak Rinaliati the Senior Mining Geologist yang berjaya bukak mata aku untuk mencintai bidang struktur dan tektonik yang aku tak punya hati langsung dulu. Aku berhasrat untuk sambung master nanti dalam bidang tektonik. Kita tak ramai pakar geotektonik di Malaysia. The study sedang dalam proses penulisan.

Dan, disini juga aku kenal ramai kawan-kawan baru. Hampir 98% di Selinsing adalah lelaki. Kat ofis hanya ada 4 orang perempuan termasuk aku. Mula-mula kekok plus cuak lama-lama kami jadi kawan dan rakan sekerja. Geng praktikal yang sama gila buat hidup kat Sg.Koyan terpencil tu jadi tak bosan.


Habis praktikal, aku jadi job hunter. Selinsing offer position as Mining Geologist tapi January 2012. Aku cuba peluang kerja yang lainnya sementara tunggu konvokesyen dan peluang di Selinsing. Dimurahkan rezeki aku dapat interview bawah Ho Wah Genting Sdn Bhd. Anak syarikat, CVM Magnesium Limited perlukan Geologist masa tu. Tapi bos yang kerek buat aku tawar hati nak pergi kerja kat situ lagi.

Baru-baru ni dapat panggilan interview dengan Megasoil Sdn Bhd. Sayangnya aku kepatahan tangan. Sepatutnya hari ini interview tu. Aku email pada Megasoil tentang keadaan aku dan syukur alhamdulillah, interview postpone ke 27hb. Sehari selepas konvokesyen di UKM.
Nekad, walau dengan tangan bersimen ni aku akan hadir juga interview. Sekurangnya pengalaman interview tu yang aku cari.


Walau aku tau benar, tangan ni akan lambat sembuh. Nak pula kene rujuk pakar semula. Aku yakin, andai ada rezeki akan Allah permudahkan. Aku tak merungut kali ini. Sungguh-sungguh aku redha dengan segala pemberian Tuhan. Sakitkan kifarah dosa. Allah uji untuk ingatkan hamba-Nya. Dan, kalau Allah uji kerana Dia kasihkan hamba-Nya. Jadi aku tak boleh bersedih. Ini pun hadiah dari Allah. Aku berdoa semoga Allah tunjukkan aku hikmah yang tersembunyi.


Sidang konvokesyen 26 September 2011, sidang pagi seawal 730 pagi. Aku hitung hari tunggu saat tu. Setelah berapa tahun belajar, cita-cita dari kecil nak genggam ijazah tercapai. Alhamdulillah. Tapi, tak aku berhenti disini. Aku akan sambung belajar lagi. Lambat atau cepat je. InsyaAllah,semoga dilapangkan urusan dan semoga tiada halangan untuk aku hadiri konvokesyen aku nanti walau mungkin bermasalah nak pakai jubah konvo dengan tangan bersimen.haha. Terima kasih Ya Allah...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Empat bulan."