Permintaan yang dimakbulkan.
Assalamualaikum wtb.. Lama tak update blog sejak mula kerja, bukan sibuk cuma kekurangan masa untuk blog ni. =)
Apapun, Selamat hari raya Qurban buat semua baik yang jauh atau yang dekat.Raya haji kali ini terasa lain benar kan? Maksudnya, lebih meriah, baraqah-Nya pun terasa sampai jiwa. kan?
Semalam, hari sabtu aku masih bekerja walau majoriti staff selinsing dah mula bercuti. Aku hanya bercuti pada hari kejadian, hari raya, hari Ahad. Petang tu aku bergegas balik rumah awal dari biasa sekitar jam 5 petang. Perjalanan dari Sg.Koyan ke Raub pula ambil masa sekitar 1 jam. Dan kebiasaannya aku akan solat Asar dulu sebelum balik ke rumah atau rumah sewa. Tapi petang tu surau dipenuhi staff lelaki yang berteduh dari hujan. Terpaksa aku cari masjid di luar untuk solat Asar.
Sampai di Felda Tersang, aku masih tercari-cari masjid. Susana agak mendung sebab baru reda hujan. Kawasan ladang kelapa sawit di Felda Tersang agak lapang memandangkan pokok-pokok sawit kebanyakan bersaiz renek. Jadi, awan gemawan dan langit biru terbentang luas cukup indah depan mata.
Terdetik dalam hati kebesaran dan keindahan cipataan Allah swt dari hujan lebat sebelumnya tadi. Dalam asyik menatap langit, mata aku terlekat pada satu objek di langit. Langit sekitar masih gelap dan mendung kecuali bahagian yang menarik minat aku ini, ada cahaya matahari petang yang baru nak muncul semula.
Subhanallah, dua kali tengok baru jelas di mata. Kalimah Allah yang jelas terlakar terbentuk dek awan gemawan yang nipis. Cepat kaki menekan pedal brek. Berdebar jantung tak dapat nak gambarkan. Berpeluh dahi saksikan kebesaran Allah. Alhamdulillah, permintaan yang sekejap tadi di office secara tak sengaja, telah Allah makbulkan. Syukran ya Allah.
Kisahnya, di office, waktu rehat aku terbaca cerita tentang seorang ulama yang mana jenazahnya ketika di bawa oleh kapal terbang ke utara tanah air pilot sendiri menyaksikan ada awan yang sentiasa memayungi pesawat. Lantaran kejadian ni, pilot itu sendiri memeluk islam.
Maka,terdetik di hati aku betapa beruntungnya insan-insan yang diberikan hak direct dari Allah swt menyaksikan kebesaran-Nya yang mungkin orang lain tak pernah nampak. Hari itu, 9 zulhijjah, hari wukuf di Arafah. Segala doa hamba-hamba-Nya akan dimakbulkan pada hari itu, maka permintaan yang tadi tak sengaja aku simpan dalam jiwa jadi satu impian. Kalau dimurahkan rezeki Allah akan makbulkan.
Dan sahabat, sesungguhnya janji Allah itu pasti!
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Tak tergambar perasaan. Rasa macam baru terima hadiah yang paling bermakna yang belum pernah aku dapat.
Sebelum ini, ada juga kejadian kemunculan kalimah Allah ketika kami berfieldwork. Contohnya semasa tahun 1 kami ke kuari Yong Peng di segamat Johor. Dimana batuannya terdiri daripada basalt yang secara teorinya batuan basalt terbentuk daripada magma yang keluar di dasar lautan. Ini membuktikan kawasan sekitar dulu asalnya adalah di dalam lautan yang tenang dan dalam. Tetapi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah swt ianya terangkat dan terlihat di mata kita hari ini.
Dalam bulatan merah; Kalimah Allah pada batuan basalt di Kuari Yong Peng, segamat, Johor. Sumber; Elly Sapar.
Aku sertakan dengan gambar yang sempat di snap tetapi kualiti sangat menyedihkan. Handphone yang lebih molek cameranya semasa kejadian sudah low battery dengan warna merah..untuk buka camera pun tak boleh.
Fokus pada bahagian tengah gambar: Kawasan bercahaya pada penglihatan mata kasar sepatutnya ada awan-awan nipis yang membentuk kalimah Allah tersebut. Tetapi kualiti kamera membataskan. Maaf.
Untuk perjelaskan lagi. Rujuk gambar atas dan gambar bawah berulang kali untuk lebih jelas.
WALLAHUALAM.
0 Response to "Permintaan yang dimakbulkan."
Post a Comment