Setelah sembilan.

Salam alaik.

Jenguk intai blog yang makin bersawang ni. Entah kenapa jari rajin menaip bila seharusnya aku dah separa lena waktu macam ni.Nak aku karai cerita satu-satu, terlalu banyak! Tapi tolak tambah sembilan bulan bekerjaya sungguh ajar aku banyak perkara. Baru sembilan bulan kan?

Macam-macam yang terjadi sepanjang bekerja. manusia dan ragamnya, ragam kerjanya, dugaan yang Allah selitkan bersama.. bernilainya satu-satu itu aku panjatkan syukur yang tak terhingga kepada yang Esa. Syukur kerana beri peluang untuk merasa ujian-Nya.

Bila kadang-kadang rasa sayu,rasa sunyi, kelainan dengan zaman belajar yang riuh dengan suara kawan-kawan saban waktu buat aku jadi sedih. Yelah, berapa kerat sangat perempuan yang berkerja di Selinsing? boleh kira pakai jari tangan.

Bila kadang-kadang berhadapan dengan perangai manusia yang pelbagai. Selfish, bongkak, bodoh sombong, dan sebagainya. Ya, manusia dan negativiti memang perkara normal. Yang positif lambat sikit nak melekat dalam jiwa. Yang buruk dulu singgah kat mata. Itu normal. Tapi bila yang aku katakan normal ni bertambun, menyemakkan mata, menyakitkan jiwa kadang-kadang sabar tu syaitan dapat renggut juga.

Dan bila kadang-kadang ketidakpuasan hati datang kejap-kejap.Kesuntukan masa bersama keluarga, kepenatan bekerja dengan cuti yang terhad buat aku jadi fed-up. Bila mak tanya bila lagi aku boleh cuti bunyinya macam aku kerja jauhhh sana. Sedangkan kurang sejam je dari rumah. Dan, bila bantuan dari segi tenaga tak dapat aku hulurkan pada keluarga, terkadang tercuit jugak rasa sedih. Sampai bila aku kena berjuang begini. Aku terlupa, nak jadi jauhari yang mengenal manikam, masa lah kunci segalanya. Sabar Alwanie, sabar.

Jadi, semua ini secara kumulatifnya bertukar jadi stress yang menggunung. Sudahnya, aku kepenatan bukan tubuh badan je, minda pun tumpang sama. Sungguh, satu perkataan ringkas untuk khabar aku sekarang, PENAT!

Tapi yang moleknya, aku yang culas dulu tranform secara total jadi lebih teliti, yang malas lebih rajin, yang banyak main kini lebih serious, yang tak matang lebih dewasa. Sampaikan aku terfikir kalaulah sejak tahun pertama aku lebih serious dalam segala pekerjaan aku, first-class degree tu tak mustahil aku jamin! HAHA! Bila jenguk twitter dan FB kawan-kawan yang tengah final year merungut tentang tesis, assignment, kelas yang banyak, hendak je aku reply laju-laju. "Aku berharap duduk di tempat kau sekarang!" Semua pelajar tak sabar nak habis belajar dan bekerja. Konon pengakhiran kepada kepenatan dan tekanan semasa belajar adalah apabila bekerja. Sini aku dari masa depan tolong ceritakan keadaan sebenar-benarnya;

Satu nikmat bila bekerja; Kau pegang duit sendiri. Bebas untuk gunakan duit untuk apa pun.

Yang kurang nikmat; Kita harus belajar untuk buat perancangan sendiri ke atas duit-duit gaji tu. Zaman belajar ya, makan Kenny Rogers hari-hari pun peduli apa JPA/PTPTN tolong support tanpa kompromi. Kawan tunjuk food court dah juih-juih mulut, mata pandang Pizza hut je tak pun Dominos.Ajak minum kopi di rumah konon tak gemar, minum kopi Starbuck duduk tepi stadium pun tak apa janji Starbuck punya kopi. Tapiiii... bila dah kerja, cari duit sendiri bayar kereta sendiri, bayar sewa rumah, mana lagi nak support belanja family bercuti ke, nak hulur kat mak ayah duit dan sebagainya, nak makan pizza pasar malam RM 6.50 pun akan rasa kedekut. Kopi cap Kapal Api pun jalan lah. Sebab rasa susahnya nak dapat duit tu. Penatnya nak menghabiskan sebulan nak tunggu gaji! Ya. Ini betul-betul punya.

Satu nikmat bila bekerja; Tak perlu study, buat tesis, stay up buat assignment dah.

Yang kurang nikmat; Propaganda semua tu! Study masa bekerja memang tak perlu kalau jamin ingat dengan complete semua input zaman belajar. Aci kerat jari, manusia macam ni tak ada dalam industri,semua berakhir jadi lecturer sebab terlalu pandai. Assigment memang tak ada, tapi kerja sangatlah banyakkkk...tengok jam pukul 5 pun kaki macam kena ikat kat kerusi pejabat suruh siapkan kerja, nak lagi kalau esok tu nak cuti. Tesis tak perlu buat tapi report hari-hari, setiap minggu dan setiap bulan kena buat yang setaraf tesis dah jugak input nya. Mana nak kejar kerja-kerja di site, mana nak kejar kerja di pejabat, reporting dan sebagainya. Zaman bulan madu kenangan belaka.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi lagi mudah semua dijemput masuk ke alam bekerja dulu baru senang cerita. Kalau rasa tak mampu dah nak lalui kesusahan zaman belajar, sentiasa ingat untuk bersusah dahulu, yang manis-manis kita nikmati kemudian. Hehe. As-salam!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Setelah sembilan."

  1. . says:
    June 17, 2012 at 3:26 PM

    sangat tepat ape yg saudari gambarkan. Ya Allah, Engkau kurniakanlah kekuatan semangat, mental dan fizikal utk kami semua. demi mencari rezeki yg halal utk keluarga. rindu gile time belajar. all the best wanie!