Kahang Timur

Hari ni baru dapat internet semula. Itu pun kebetulan kat felda sini ada sediakan kemudahan jalur lebar. Terima Kasih.

Ok,dah hampir 5 hari sebenarnya aku merantau ke Kluang ni,tapi antara betul dan tidak, kerja-kerja lapangan sebenarnya baru mula hari ini. Atas beberapa masalah nak masuk ke kawasan kajian,dengan kenderaan yang tidak sesuai,bahaya kawasan sebab dekat dengan hutan rizab Johor. Cerita dari orang sini ada 'Orang Besar' kat dalam hutan tu. Ok,tahniah. Semangat kental aku daripada Bangi yang membara-bara awalnya sedikit goyah. 'Orang Besar' tu sebenarnya gajah liar. Kalian mungkin tak tahu,gajah liar boleh lari laju macam Watson Nyambek tahu!

Jadi hari ni,disebabkan seorang kawan lelaki Geologi offer nak teman masuk ke hutan,jadi berjalanlah kerja-kerja tesis kawasan Kluang. Alhamdulillah.

Tak dibenarkan masuk selepas tengah hari. Atas faktor keselamatan. Sudah masa pun suntuk. Kota Tinggi baru sekadar menjenguk rupa ladangnya. Jadi bila petang,aku kebosanan. Oh,di Kahang Timur aku tinggal dengan keluarga angkat. Yang sangat baik. Pandai masak. Cukup sempurna lah pendek cerita.

Insya-Allah,misi di Kahang akan berlarutan sehingga sabtu ini. Seterusnya bergerak ke Kota Tinggi sehingga 13hb. Kemudian,pulang UKM untuk mulakan sem baru. Semput kan?

Kata sahabat seorang ni; Inilah Geologi. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Kahang Timur"

  1. sardonyxsyaira says:
    June 29, 2010 at 6:15 PM

    kalu boleh like blog ni, akan ku like sepertimana di fb.. hohohohoh

  2. Alwanie Iberahim says:
    July 15, 2010 at 10:37 PM

    nnt akan aku create satu button disitu.hahaha