Semester 5

Tahun akhir menjengah. Pejam celik,pejam celik sudah genap 2 tahun bermukim di bumi UKM. Selesai kerjalapangan Kuala Krai-Bukit Keluang 1 mei-15 mei,berkampung di UKM hampir seminggu menyiapkan report. Update tentang kerjalapangan kali ini tak sempat aku pos disini. Bila aku ringkaskan semuanya, rumusan pendek kerjalapangan kali ini,adalah yang paling mencabar berbanding kerjalapangan sebelumnya. Ketahanan fizikal dan mental sangat teruji. Biar menyusuri sungai hampir 60 km menaiki bot,meranduk anak sungai sejauh 2.5 km,menadah panahan matahari sehari-hari,mahupun kejadian pecah masuk khemah di bukit keluang aku simpan baik-baik dalam ingatan. Buat kenangan sekaligus pedoman masa depan.







Tajuk dan kawasan kajian tesis pun sudah dimaklumkan. Biar ada sedikit konflik pada asalnya bagi tajuk tesis yang aku dapat,syukran segalanya berjalan lancar setakat ni. Selepas seminggu berehat,tugasan baru menanti- Kertas kerja penyelidikan.

Tajuk tesis; Nilai ekonomi batuan kaya silika di kawasan Felda Sungai Mas,Kota tinggi,Johor. Berat hati mak dan abah lepaskan aku pergi sendiri ke johor. Nyata,mereka tiada pilihan.

Semoga semuanya berjalan baik,masalah-masalah penempatan,jarak dan masa perlu aku ambil kira sehabis baik. Mungkin akan ke Johor 11 jun. Selesai pembentangan kertas kerja,Kota tinggi dah pun menanti =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "Semester 5"