Mendulang pun satu seni.

Oh ye ye..Ada cerita tak berkhabar disini.

Ahad minggu sudah. Kami bebudak Perlombongan Geologi UKM ada satu kerjalapangan yang bersekitar dalam Selangor, di Semenyih-Air Terjun Sungai Tekala.

Lain banyak dari field trip yang lain hanya kerana kali ini kami buat kerja MENDULANG BIJIH!

Ya, ramai yang tercenggang bila aku cerita akan mendulang di Sungai Tekala. Apa kalian fikir di lombong je ada bijih? Tak tentu lagi kawan.

Sebagai memenuhi tuntutan subjek perlombongan semester ini, Geokimia Gunaan dan Penggangaran Longgokan - Penjelajahan Geokimia Bijih salah satu kemestian.

Nah, bertolak ke lokasi tepat jam 8.15 pagi Ahad gemilang yang manusia lain masih berempuk di peluk bantal busuk dan menatang mimpi tak sudah. Kami dalam bas melayan menguap silih berganti.

Sungai dan belukar kami redah. Puncak air terjun kami tawan!

Detik mula: Kejanggalan penuhi suasana.

Sakit pinggang perkara biasa.

Di lokaliti ini, kalau dapat rakam ekspresi muka seorang-seorang, semua terkejut tak percaya. Longkang ke ni? Dulang je lah!

Part ni perut aku jadi gatal. Cuak tak tentu hala. Tangan kiri belum gagah lagi nak memanjat cerun-cerun.

Berkat bantuan kawan-kawan. Berjayalah naik! =D

Lokaliti 7 - Beberapa km daripada Sg. Tekala. Cantik air terjun tu.
Basah baju air berdebur-debur terpercik.

Merasa kejap jadi mandor.

Cantikkan? Subhanallah.

Lokaliti seterusnya. Semangat mendulang warisan nenek moyang belum pudar!

Percaya kah? Aku suka kerjaya mendulang ini. =p

Juga dipanggil proses 'Finishing'. Tak semua boleh buat. Nak dapatkan mineral berat tanpa campuran pasir-pasir sungai.

Bila tangan dah sakit. Otot dah lenguh. Bendera putih mula nak kibar.

Lokaliti terakhir. Semua semangat lagi.

Jom kita balik dan berdengkur dalam bas.

Memang terbaik. Rupanya, mendulang itu sendiri perlukan seni. Cara lenggang dulang cukup main peranan,kalau tak, sampai senja tak tentu dapat hasil lagi. Alhamdulillah, lepas beberapa lokaliti kami semakin mahir. Kalau minta jadi buruh sementara cukup kompeten rasanya,

Cubalah! pakai dulang mak kat rumah pun boleh. Cari sungai dan mula mendulang. Akan dapat mineral berat yang biasa ada seperti Ilmenit. Untung-untung ada emas. Siapa tahu?
(^_^) V


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "Mendulang pun satu seni."

  1. Iamnobody says:
    January 5, 2011 at 1:52 PM

    kalau kat pahang tu wajib lagi kot ada emas...kat perak ada ke? huhuhu

  2. zayani Halil says:
    January 6, 2011 at 10:22 PM

    bestnye..kome tak mandi ke kat sungai tu haha

  3. Alwanie Iberahim says:
    January 7, 2011 at 4:23 PM

    elly: emas boleh je ade tapi dalam kuantiti kecil yang tak boleh dilombong. ada tmpt xde. ko kne mendulang lah kat sg. perak nk tgk cmne. hahaha.


    yani: mandi menyelam sume complete! =)