SI BODOH SOMBONG

Tekanan nak siapkan tesis mula penuhi setiap ruang saban hari dalam hidup.


Itu tak kisah lagi. Nak lagi itu memang kewajipan untuk bolehkan aku genggam ijazah.

Cuma, suasana tertekan tu makin diburukkan dengan sikap sesetengah manusia yang bersikap tidak selakunya seorang yang memiliki pendidikan bertindak.

Tak pernah aku kata aku sempurna,pandai,hebat atau baik. Tapi sebagaimana boleh aku cuba menjaga hubungan sesama manusia walau mungkin pihak disana tak berfikir yang sama.

Jadi, salah aku kah kalau aku menegur? Apatah yang bersikap sedemikian keluarga kerabat aku sendiri.

Masuk ke Universiti tak menentukan kau hebat, cukup berilmu, dan boleh sewenang-wenangnya menemplak mana-mana pihak. Apatah jika pihak itu memulakan hubungan secara baik.

Ya, mungkin kalian sukar nak fahami situasi ini. Manusia dibekalkan dengan ego, sifat takbur dan bongkak disebalik kebaikan lain yang ada. Apa yang menjadi ukuran disini, bila bagaimana seseorang itu mengawal keegoan dan ketakburan. HANYA MANUSIA YANG TIDAK SEDAR AKAN KEBESARAN TUHAN AKAN MENJADI TAKBUR DAN BONGKAK.

Aku terasa lucu. Bila insan-insan seperti dia ini berbicara penuh keyakinan mendabik dada pada ilmu yang sekerat cuma. Cuba mendapatkan penjelasan atas sesuatu perkara, tetapi sudahnya jawapan yang diberikan oleh pihak tadi diperlekehkan, tambah pula kredibiliti dipersoalkan.

Soalnya; Kalau sudah kau tahu jawapan,perlu lagi kau menanyakan? Sedangkan soalan yang kau lontarkan pada firasat insan yang lebih tahu itu berbunyi tersangat BODOH. Belajarhampir selesai dua semester tapi bertanya macam tiada ilmu didada.

P/S: Adalah sedikit aneh dan jarang perumahan dijalankan di atas tanih gambut melainkan tujuan pertanian sekalipun lokasinya di Johor Darul Takzim yang kita sedia maklum kaya dengan tanih gambut. Ilmu aku tak sesat pada kiraan aku.Hanya kau yang ibarat merak. Si Bodoh sombong.

Jangan persoalkan post aku ini sedangkan kau sendiri boleh melanggar persetujuan. Blog aku hak aku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "SI BODOH SOMBONG"

  1. Iamnobody says:
    March 23, 2011 at 1:05 PM

    *sigh
    aku tak pernah sangka orang macam ni wujud lagi. tak sangka spesies "konon bagus" ni tak pupus lagi. pakai "pakaian" bongkak sepatutnya milik yang esa.

    p/s: teringat kata-kata lecturer aku "orang macam ni campak dalam tong sampah pun tong sampah lari" menunjukkan betapa busuknya hati orang cemni sampai sampah pun lebih mulia. doakan semoga orang macam ni diberi hidayah...

  2. nanafiana says:
    March 26, 2011 at 4:22 AM

    orang camtu sombong bongkak angan. biarkan saja. ALLAH lg tahu